November 29, 2006

Retro 2


Ibu tanya aku lagi, "Charlie's Angel tu dulu ada main kat tv ker?"

TV warna start siarannya pada tahun 1978, to be exact 28 Disember 1978. Aku sempat tengok pelancaran dia yg dibuat oleh Tun Hussein Onn. Selepas dia buat ucapan, dia tekan satu butang pastu keluar kaleidoskop yang berpusing pusing tu kat tv, lepas tu logo baru rtm keluar. Biarpun dia lancar TV warna kat situ dengan segala mender tu, aku tetap juga nampak hitam putih sebab tv hitam putih. Banyak tahun jugak lepas tu baru aku dapat tengok tv yang berwarna.

Rumah pertama yang ada TV warna kat kampung aku ialah rumah Jeman 'Limah. Rumah dia dekat belakang surau kat kampung. Cerita yang teringin sangat aku nak tengok dalam versi warna adalah cerita Incredible Hulk. Teringin sangat aku nak tengok macam mana hijau nyer Hulk tu bila dia bertukar. Satu cara yang aku kena buat ialah, kena cakap ngan mak ngan ayah aku yg aku nak gi semayang kat surau pada malam Incredible Hulk tu main. Bila sampai jer kat rumah Jeman, orang kampung dah penuh sampai ke tangga. Kita yang masih lagi budak ni, terpaksa kena terendap rendap kat pintu. David Banner (yer ker gini eja nama dia) akan jadi Hulk dua kali jer dalam satu siri. Dan sempat la jugak aku tengok kat situ for the first time nya baju dia koyak dan jadi hulk dalam versi warna. Tapi, time tu dia jadi hulk pada waktu malam, badan dia tak nampak pun hijau, tapi warna biru, sebab malam kan.

Selepas pelancaran siaran warna oleh rtm, rasanya banyak program program melayu yang dibuat. Ada banyak program berbentuk hiburan yang muncul. Ada Puspawarna, satu program nyanyi nyanyi yang akan dihoskan oleh satu artis popular semasa. Artis dia macam Yusliza Hussein, Rafeah Buang, Uji Rashid, Hail Amir, Malik Ridzuan. Dato' Shake pun sempat kot ngan program ni.

Bintang rtm adalah satu program yang sungguh popular. Jiran aku akan beli URTV tiap tiap bulan untuk tahu pasal artis artis Bintang RTM. Aku masih ingat bila Sudirman nyanyi lagu Sijali jali kat final bintang rtm. Rumah aku penuh ngan anak anak dara kampung yang berkumpul untuk tengok pertandingan tu. Jamal Abdillah ngan Ramlah Ram menang tu pun aku rasa aku sempat tengok.

Selain dari rancangan berbentuk hiburan cenggitu, ada juga program berbentuk ujiminda. Tekaria adalah salah satu program berbentuk sedemikian yang pertama disiarkan. Ayah aku cukup suka ngan rancangan ni, pastu dia juga akan panggil aku ngan adik adik aku untuk tengok sama. Format dia aku dah lupa tapi apa yang aku masih ingat ialah dia ada satu slot untuk penonton di rumah. Kalau tak silap dia akan tunjukkan satu gambar yang close up, pastu dia suruh penonton teka apa mender. Pastu kena kumpul kumpul jawapan dia, sampai abis musim. Ada kawan kat sekolah yang suka kumpul soalan dia dan cari jawapan. Bila dah abis sampai episod last, kami ambik soalan dari dia beserta dengan jawapan, pastu buat poskad sendiri dari manila kad, tampal stem, pastu hantar. Setiap sorang mahu ada 10 keping kot yang hantar. Stem untuk poskad baru 15 sen. Tapi tu la, sorang pun antara budak kelas aku tu takder yang mengena.

bersambung....

November 28, 2006

Retro 1



Satu hari ibu tanya aku, " Kenapa ayah suka dengar Sinar.fm pulak sekarang ni"

1970an - 1980an

Dulu time aku kecik, TV takder lagi kat rumah, karan pun takder lagi, setiap malam Jumaat ayah akan dukung aku dan mak dukung adik aku, Zura, ke rumah Paksu Ya'akub untuk tengok tayangan gambar melayu. Ayah akan membawa pelita minyak tanah yang ditutup dengan daun pisang pada satu bahagian nya supaya tak ditiup angin. Cerita P.Ramlee dan Mat Sentul adalah kesukaan aku.

Rumah kami adalah rumah kedua dikampung kami yang ada TV. Itupun tv hitam putih 20 inci yang ada pintu. Bila nak tengok TV, buka pintu, onn kan tv pastu gi ambik nasi kat dapur, keluar balik pun gambar masih lagi belum keluar. Dekat 5 minit ada kot baru keluar gambar. Jiran jiran akan bertandang untuk tengok tv selepas isyak. Kalau nak makan nasi kena awal awal.

Siaran TV akan start pada jam 5.00 petang pada hari hari yang biasa. Pada hari Ahad jam 3.00 petang. Masa ni yang ada cuma RTM1 ngan RTM2 jer. Ayah ngan mak suka menonton slot Drama Minggu Ini. Anjang Aki, Tok Perak dan drama drama lakonan Ahmad Tarmimi Serigar, Rahim Razali, Dian P.Ramlee, Azean Erdawati adalah yang selalu ditunggu tunggu.

Selain drama melayu, salah satu citer yang mak aku suka dan aku selalu tengok ialah Litle House on the Praire. Tah kenapa mak aku suka citer ni. Mungkin sebab ini family nyer citer dan dia ada anak ramai kot. Tapi Donny and Marie pun mak selalu tengok jugak.

Drama drama bersiri melayu mula muncul diawal 1980an. Ini seperti Opah dan PJ tu yang cuba untuk tiru soap opera Dallas. Mak tak kasi tengok citer Dallas sebab perempuan dia seksi. Cerita Fantasy Island pun jarang jarang jer boleh tengok. Lagipun citer citer cenggini start dah jam 10 malam, selepas slot PERISTIWA atau Laporan Parlimen. Boring. Pakcik aku yang masih bujang time tu selalu jugak datang rumah aku tengah tengah malam untuk tengok Starsky and Hutch. Aku tak pernah tengok sebab dia main tengah malam.

Aku masih budak budak. Mana paham tengok drama yang berat berat cenggitu. Cerita Combat, Charlie's Angel dan Lone Rangers adalah cerita cerita yang selalu dibualkan di sekolah. Cerita katun pun banyak yang memboringkan sebab semua cakap omputih dan mana ada subtitle. Asyik asyik Flinstone atau Hanna Barbara punya katun yang keras keras jer semua tu. Katun pertama yang cakap melayu seingat aku ialah Tempen Asoka, cerita jepun yang robot ada driver pastu boleh tukar tukar bentuk cam transformer tu. Kalau hari Rabu yang ada citer ni, balik ngaji Quraan kena awal, takut termiss pastu esok orang citer kat sekolah kita takleh join. Ada juga sesekali RTM tu tunjuk Wonderful World Of Disney, time ni katun Mickey Mouse ngan geng geng dia tu kira best sangat la tu. Gelak sampai keluar air mata.

Selain tu ada juga slot slot yang lain. Kalau macam malam jumaat, memang takleh nak buat apa sebab Atuk ngan nenek akan datang rumah untuk tengok Sinar Islam. Ada satu slot masak masak KESUMA yang main sebelah petang tu, time ni pun takleh kacau sebab mak akan tunggu depan TV. Ada satu slot yang dorang takleh kacau aku adalah bila CUMI dan CIKI main. Yang ni aku punya. Teringat kat Wazata Zain ngan Kak Yong.

bersambung....

November 24, 2006

Hilang


Lokasi : Giant.

Ayah tanya ibu, ibu tanya ayah : "Mana Syafique?"
Ibu jawab : "Bukan ngan ayah ker?"
Ayah jawab : "Bukan ngan ibu ker?"

Ibu nampak pucat, ayah nak marah ibu.
Ibu tinggal adik ngan Faeiz sama ayah, gi cari Syafique. Ayah tengok ibu. Melilau ibu cari Syafique, last last ibu jumpa Syafique kat kaunter. Ada orang kat kaunter tu yang jaga Syafique.
Ibu pimpin tangan Syafique yang berair mata dia dan mulut yang bebek.

Syafique nampak ayah, terus peluk ayah. Ayah peluk dan pujuk Syafique.

Lokasi : Dalam kereta.

Ayah:
Syafique pergi mana sampai hilang?

Syafique:
Syafique gi tengok tempat mainan mainan.

Ayah:
Pastu?

Syafique:
Syafique jumpa kawan. Syafique tanya kawan. Mana ayah. Mana Ibu. Mana Angah. Mana adik Daniel. Kawan tak mau cakap. Cewek polis angkat Syafique, dia cakap, jangan nangis nanti bising.
Cewek polis angkat Syafique letak atas kerusi.

Ayah:
Haha. Tu la sapa suruh pandai pandai jalan sendiri tak nak ikut ayah ngan ibu.

Ibu:
Hampir hampir dorang nak wat announcement dah tadi. Bila ibu sampai tu, staff kat situ dah angkat tangan ngan orang kat dalam bilik tu cakap, tak payah, dah datang dah ibu dia.

Moral : Ibu jangan konfiden Syafique ada ngan ayah, Ayah jangan konfiden Syafique ada ngan ibu bila gi shopping dan bila ayah ngan ibu berpecah.

November 21, 2006

Peluang


Dia :
Hello. Sibuk ker? Nak mintak tolong ni.

Aku:
Tak sibuk. Naper.

Dia:
Minyak kereta abis la. Tolong hantar minyak. Aku kat depan pasar ni.

Aku:
Haha. Jap aku sampai.

Lima belas minit kemudian.
Aku sampai dengan petrol dan potostat keratan akhbar pasal pil jimat minyak.
Selepas isi petrol, aku bagi keratan akhbar.

Dia:
Waa... kena dengan masa dan situasi ni. Order la untuk aku satu papan.

Aku:
Ok. Minggu depan bila sampai aku kasik tau.

Aku tak ambik kesempatan kan?
Kalau aku tak jual pil jimat minyak pun, aku hantar jugak petrol tu.

November 17, 2006

Bisnes


The Regency Tanjung Tuan Resort Port Dickson

Jumpa kawan kawan lama time study yang sama sama kena attend meeting. Ada dari Utara, selatan, Pantai Barat dan Pantai Timur.

Exhibit A

Incik Selatan:
Dah berapa anak?

Aku:
Tiga. Dalam puasa baru ni dapat lagi sorang.

Incik Selatan:
Alhamdulillah. Dah ambik insuran untuk yang kecil ni?
Bagus kalau ambik awal awal ni, tak banyak sangat kena bayar monthly.
Kalau nak aku ada jual polisi untuk education anak anak.

Aku:
Nanti la. Tunggu gaji dulu. Kalau ok, aku call kau.


Exhibit B

Incik Utara:
Pakai kereta apa kat sana?

Aku:
Gen2 jer. Naper.

Incik Utara:
Berapa minyak sebulan ko spend untuk minyak?

Aku:
Tah ler takder aku kira pulak. Tengok la berapa banyak aku jalan.

Incik Utara:
Ko pernah dengar tak ada satu pil ni yang boleh jimat minyak. Aku pakai ni dari Utara sampai PD ni, baru RM60. Save minyak ni.
Aku bagi ko satu sampel ni, balik try la. Kalau ko rasa ok, kontek la aku.
Aku tengah cari ejen sekarang ni, ko boleh run mender ni kat KK ni, takder orang lagi kat sana.

Aku:
Nanti la. Tunggu gaji dulu. Kalau ok, aku call kau.

Exhibit C

Incik Timur,
Ko pegang jawatan apa kat KK?

Aku:
Pensyarah biasa jer. Kenapa?

Incik Timur:
Ko ambik la jaga makmal ker satu. Nanti kalau nak service apa apa boleh kontek aku. Aku buat servis ngan maintenance mesin ni. Nanti kalau ko ada job kat sana ko kontek la aku. Ada la percent untuk ko nanti.
Aku cadangkan ko suh bini ko tu gi daftar kompeni kat sana, pastu boleh la ko jadi agen aku kat sana. Sama sama cari makan la.

Aku:
Nanti la. Tunggu gaji dulu. Kalau ok, aku call kau.

**************
Aku balik KK dengan bawa bersama form untuk ambik ujian jadi ejen insuran, sampel pil jimat petrol dan bisnes card company service dan maintenance mesin.

Nampaknya semua orang dah berbisnes. Aku jer yang sentiasa tunggu gaji.

November 12, 2006

Approach

FaeizFaeiz

Berikut adalah aksi aksi Syafique dan Faeiz bila adiknya, Daniel, menangis.

Syafique:

  1. Gosok pipi Daniel dengan jari telunjuk, kekadang terkasar pun ada.

  2. Menyanyi kuat kuat dekat telinga Daniel dengan lagu yang dia sorang jer paham.

  3. Tengok muka Daniel dekat dekat sampai kadang kadang rambut pun boleh terkena mata.

  4. Cium pipi Daniel.


Faeiz:

  1. Tengok adik dia pastu tanya, "Kenapa Daniel?"

  2. Cari susu Daniel dan kasi Daniel hisap susu walaupun kekadang ibu dia marah sebab agak kasar sikit.

  3. Cari selimut untuk tutup badan atau kepala Daniel.

  4. Bagitau ayah ngan ibu dia Daniel menangis.

  5. Cium pipi Daniel.

Antara kedua dua abang nya ni, Syafique kelihatannya lebih banyak masa bersama dengan Daniel berbanding Faeiz. Yang pasti dua dua pun sayang Daniel, cuma cara yang ditunjukkan tu lain pulak antara dua orang ni.

Adakah Syafique sebagai anak sulung akan lebih menunjukkan sayang kepada adiknya, manakala adiknya Faeiz cuma lakukan tanggungjawab dia dengan mengikuti apa kehendak adiknya?

*Next entry selepas balik PD on 17/11/2007. Itupun kalau ada.
Thanx untuk semua yg melawat dan tinggalkan jejak.

November 9, 2006

Akur

Ashraf DanielAshraf Daniel
Boss:
Mazudi, next week free ker?

Aku:
Jap, check.
13 - 15 haribulan ada course PC Maintenance la boss, internal.

Boss:
Kensel jer la yang tu. Ganti saya gi PD. Ada miting pasal develop kurikulum Politeknik dan Kolej Komuniti untuk RMK9. Kita kena buat Industrial Maintenance nyer kurikulum.

Aku:
errk...

Boss:
Datang kat admin isi borang booking flight.

... dan boss letak telepon.

Aku bukan apa, bak kata Lan Rambai , "Sekarang ni pun masih lagi makan kuih kuih raya sebagai sarapan".

So, next week aku gi PD dengan berbekalkan serdak serdak raya yang semakin menipis tu.
Akur jer la.

November 7, 2006

Teamwork


A

Aku :
Kenapa minggu lepas saya masuk kelas satu orang pun tak datang?

Student:
Mood raya incik. Kami pun ramai yang kat kampung lagi time tu.

Aku:
Jadi dah berpakat la semua tak datang kelas hari tu. Korang punya teamwork memang best laa.

B

Aku:
Mana proposal project yang saya suruh hantar hari tu?

Student :
Ada sikit lagi incik. Bajet projek macam sangkut lagi ni.

Aku:
Dari sebelum puasa lagi saya suruh buat. Takleh nak siap lagi ker. Lagipun bukan buat individu, dalam group.

Student:
Masalahnyer incik, bukan saya yang buat pasal bajet, orang lain yang buat.

Aku:
Esok satu team semua datang jumpa saya. Kita diskas lagi pasal ni.

Dorang ni kan, kalau bab nak kensel kelas ker apa ker, teamwork cukup baik. Tapi kalau pasal kijer, orang ni cakap yg tu tak buat kijer, orang tu tunjuk orang ni tak kasi siap. Malas aku.

November 6, 2006

Info


Lokasi : Ruang printing opis.
Aku, Nerd, Poyo.

Nerd: Semalam ada staff perempuan kena histeria kat kuarters.
Aku : Yer ker. Teruk ker. Staff mana?
Poyo : Kuarters blok mana?
Nerd : Tak tau. Itu jer info yang aku ada.

Semua bersurai.
Aku keluar gi bagi nota yang di print pada satu lecturer lain.

Lima minit kemudian di lokasi yang sama.
Aku, Geek, Otai.

Geek : Semalam ada staff perempuan kena histeria kat kuarters.
Otai : Teruk orang cakap, satu malam tak tido. Menjerit jerit. Staff department X kat kuarters A.
Aku : Sapa kasi tau korang?
Otai : Poyo.
Aku : Huh!

Cuba bayangkan macam mana versi citer ni akan jadi bila time nak punch card pukul 4.15 pm nanti.

November 3, 2006

Hyperaktif


Salah satu sifat kanak kanak hyperaktif yang pernah aku baca ialah, anak akan cepat boring dengan sesuatu benda yang dia buat dan lihat. Cenderung untuk tidak duduk diam serta suka teroka benda baru.

Syafique dengan Faeiz biasanya bangun tidur lebih awal dari ayah dia. Aktiviti pertama yang dia buat ialah buka TV channel cartoon.

Pada hari hari yang biasa sebelum ni, bahasa yang biasa yang digunakan oleh channell katun ni adalah Bahasa Inggeris, tapi pagi tadi aku terkejut bila lihat Tom and Jerry bercakap dalam bahasa cina dekat cartoon network. Dan Syafique ngan Faeiz masih jugak tergelak gelak dengan lawak katun tu.

Aku:
Ibu kenapa katun ni boleh cakap cina pulak ni?

Ibu:
Syafique gi tukar audio dia la tu. Habis semua channel katun dia tukar bahse yang pelik pelik.

Aku:
Apa dia cakap tu Syafique?

Syafique:
Chi Chin Tai Yai.

Aku:
Apa tu?

Ibu:
Chi Chin Tai Yai tu bahse cina. Dah boring la tu dengar katun cakap bahse inggeris. Memandai tukar bahse cina.

Aku:
Ooo... baru ayah tau Cartoon Network pun ada bahse cina eek.

... dan Syafique ngan Faeiz terus gelak tertawakan lawak Tom and Jerry.

Hyperaktif kah mereka?

November 2, 2006

Jujur

Gambar Hiasan. Ini bukan student dalam entry ini.

Kelas pertama dihari pertama kerja lepas cuti raya.

Student:
Incik, saya belum lagi buat surat untuk incik.

Aku:
Surat apa pulak?

Student:
Saya dah dua kali berturut turut tak masuk kelas time bulan puasa baru ni incik.

Aku:
Kenapa?

Student:
Saya kalau kelas petang takleh attend sebab takleh nak elak dari tidur la incik. Memang rutin hidup saya kalau petang mesti tidur.

Aku:
Tak payah la buat surat. Awak buat surat ker tak buat ker, sama jer. Malah kalau awak buat surat, lagi sakit hati rasanya.

Student:
Ooo. Takper la incik. Selamat hari raya. Maaf Zahir batin.

... dan kami pun bersalam salaman.

Dalam hati aku, "Adakah aku secara jujurnya boleh memaafkan student ni?"

October 20, 2006

5ive

Layan Jepun Yang Buat Lawatan Ke Department Aku

Selepas di tag oleh Nieys dan Wear, so aku buat jugak.

5 things I would do if I were a millionaire :
  • Bayar hutang kad kredit yang tak pandai nak habis habis tu.
  • Bayar kasi clear hutang kereta
  • Beli rumah yang lebih selesa untuk family aku
  • Ambik cuti tanpa gaji 40 hari gi travel semua tempat dalam travel list aku.
  • Jadikan kampung aku kat Kelantan sebagai sebuah tempat pelancungan yang menarik.

5 bad habits :
  • Bila dah start onn pc, lima jam tak terasa dan susah nak berenti.
  • Selalu tak nak kasi ada kenderaan lain kat depan bila drive.
  • Suka makan jajan kat depan pc (Aku suka cheezel).
  • Perokok tegar.
  • Last minute.

5 things I hate doing :
  • Buat FRP (File Rekod Pensyarah yg diwajibkan keatas semua pensyarah).
  • Marking Paper.
  • Cuci kereta.
  • Pakai neck tie.
  • Buat kertas kerja aktiviti.

5 things I'll never do :
  • Letak jawatan.
  • Tinggalkan bini aku lebih dari 40 hari
  • Usir anak anak aku keluar dari rumah.
  • Tak angkat telefon dari keluarga aku kat kampung.
  • Jual PC nih.

5 things I regret doing :
  • Jual PC yang aku buat untuk Syafique dengan harga RM100.
  • Jual 20 buah buku cerita 2nd hand yg aku kumpul masa study kat CM dengan harga RM70.00
  • Belajar merokok.
  • Tak habis buat Master Engineering.
  • Tolak tawaran kursus Aircraft Maintenance.

5 fave toys or thing :
  • Gen-2 tu.
  • PC ni.
  • Tungsten E, PDA buruk tu
  • Camera untuk ambik gambar tempek kat blog ni.
  • TiVi.

5 people I choose to do this :
  • Tiara
  • Me!
  • Lan Rambai
  • KingBinjai
  • Mereka mereka yang lain yang ada dalam list blogroll aku yg masih belum buat.

October 18, 2006

Bintang

Semalam tengok movie Korea ni kat Kirana. Lama tak layan citer Korea, macam menarik jugak.

Tajuk dia Byul (Bintang). Citer pasal sorang lelaki suka kat satu doktor hewan. Hari hari pergi beli makanan anjing dia kat kedai awek tu. Tiap tiap hari juga berharap agar anjing dia sakit supaya awek tu boleh rawat anjing dia dan dia boleh duduk lama kat kedai doktor tu. Satu hari anjing dia bergaduh dan kena warding kat klinik awek tu. Dia pun suka hati.

Satu hari dia ajak awek tu gi tengok wayang, tapi awek tu tak datang datang, ada tragedy pulak berlaku bila dia frust dan mabuk lepas tunggu awek tu tak datang. Pastu dia mintak tukar jadi penjaga , apa tu, pencawang telefon ker yg kat atas gunung tu, jauh dari orang. Tinggal dia sensorang kat situ, until one day awek tu gi cari dia. Panjang pulak kalau nak citer.


Pernah tak dalam satu satu masa anda memilih satu bintang supaya suatu masa yang lain bila anda dalam keadaan mandom, anda akan cari bintang tu pastu ingat balik kenapa anda pilih bintang tu.

Pernah dulu bila aku buat satu aktiviti yang memerlukan kami berjalan jam tiga pagi, sewaktu kami berhenti rehat kat atas trek kat sebelah pencawang telefon, aku suruh student aku pilih satu bintang kat langit dan pilih satu kawan kat sebelah dia. Aku cakap, suatu masa nanti, bila awak dalam keadaan blues, awak cari balik bintang yang awak pilih tu dan cuba ingat kat kawan awak tu dan masa kita buat aktiviti ni.

Selepas beberapa lama aku jumpa balik salah sorang student dari team tu yang dah grade dan bercerita:

Student,
Saya dah kerja kat satu company servis dan maintenance kapal kat port dengan satu student encik jugak.

Aku,
Sapa?

Student,
Kawan yang saya pilih bila incik suruh saya pilih bintang kat Gunung Kokol dulu.

Aku,
Ko tau kenapa saya suruh buat begitu? Sebab tempat yang kita berenti tu ada hantu raya yang menjaga pencawang telefon kat situ. Orang yang bertugas kat pencawang tu pun tak sanggup lagi nak tinggal kat situ. Bila ada aktiviti pilih bintang cenggitu, at least tak la saya seriau sangat.

October 10, 2006

Warganegara


Semalam (09/10/2006)

10.30am :
Sampai KK, cari parking dekat setengah jam, baru dapat satu, tu pun kat Jalan Gaya, terpaksa jalan kaki dekat 0.8KM untuk ke Wisma Dang Bandang.

11.15am:
Tingkat 3, Wisma Dang Bandang.
"Nombor dah habis ya. Yang mana belum ada nombor boleh balik, datang semula esok."

12.15pm:
Rumah.
Buat muka ngan bini. Sib baik dalam pantang.

2.00pm:
Pejabat Pendaftaran Daerah Tuaran.

"Anak incik ni lahir kat Hospital Likas, incik kena pergi KK untuk buat surat."
"Ooo yer ker. Ingat mana mana pun boleh. Terima Kasih"

Hari ini (10/10/2006)

9.50am:
Sampai KK, cari parking, dapat parking kat tempat semalam juga, walau dah pusing 4 kali. Cuma yang ni tambah 50 meter lagi jauh dia.

10.10am:
"Nak buat surat lahir anak la puan"
"Dah abis isi borang? Potostat ic mak ngan ayah dia ada?"
"Ada puan. Sini"
"Nih ambik nombor, tunggu panggil"
"Terima Kasih"

No. sekarang 1040,
No. Anda

1059.
Sila tunggu. Anda akan dilayan sebentar lagi.


11.00am
Ada satu perempuan mengamuk sebab tak dilayan kat kaunter. Yang jelas kedengaran,
"Kurang Ajar. Aku mau tanya saja bah!!"
Yang lain, bahasa Filipin.

11.20 am:

"Satu. Kosong. Lima. Sembilan. Kaunter Empat"

Hooray. At last naik jugak nombor.

11.30 am:
"Okla, kalau semua dah betul macam incik semak. Sila tunggu dulu, nanti kaunter satu akan panggil"
"Terima Kasih"

12.05 pm:
"Satu. Kosong. Lima. Sembilan. Kaunter Satu"

Huh. At last naik jugak nombor.

"Bayar tiga ringgit incik yer. Terima kasih"
"Sama-sama"

Maka hari ni baby baru aku disahkan WARGANEGARA Malaysia dengan nama
MUHAMMAD ASYRAF DANIEL BIN MAZUDI.

October 7, 2006

Delivers

TREATMENT RECORD:

1. Date & Time of Delivers : 06/10/2006 : 9.32 am
2. Sex : Boy
3. Weight : 3.3 kg.
4. Lenght : 49 cm
5. Mode of Delivers : HVD


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu, dan Dia memberikanmu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur"
An-Nahl : 78

October 2, 2006

Tolong


Last week buat test untuk modul Aplikasi Komputer tu. Lepas test terus semak kerja student kat disket. Ada lima orang yang jawapan dia sebijik sama.

Petang tadi, time lab panggil dia orang.

Aku,
"Saya nak gagalkan awak lima orang untuk first test ni."

Student,
"Kenapa incik?"

Aku buka semua kerja yang dia orang buat yang telah diletakkan kat desktop pc.

Aku,
"Boleh awak kasik tau yang mana satu awak punya kerja?"

Student #1,
"Ha'aa, ini la incik."

Student #2, #3, #4,#5,
"Ha'aa, ini la saya punya incik."

Aku,
"Semua orang pun bijak la, bukan awak jer. Boleh bagi saya sebab kenapa semua jawapan awak ni, tempat salah dia sama, sampai titik titik pun sebijik sama ni?"

Student,
"Minta maaf incik. Memang saya ngaku saya copy incik. Tapi tolong jangan kasik fail. Kami baru semester satu incik. Tak tau apa apa lagi. Sebenarnya ini Student #1 yang buat incik, kami mintak tolong dia. Saya mengaku saya takleh buat test hari tu."

Aku,
"Tolong? Ini bukan tolong ni, ini dah kira menipu dah ni. Awak tipu saya dan awak menyusahkan diri awak sendiri. Awak kalau nak meniru buat dengan cara yang lebih bijak dari saya. Sebab, saya masa study dulu dah habis semua cara saya praktikkan untuk meniru. Kalau awak buat sama dengan cara saya meniru, for sure awak akan tertangkap. Awak akan saya anggap bijak sekiranya awak tak tertangkap macam ni. Tapi sekarang awak adalah orang paling bodoh sebab dah tertangkap dengan saya. Markah awak dikira dari markah student #1 ni dan dibahagikan dengan lima."

Maka dapatlah markah dia orang (38/40) bahagi dengan 5 = 19%.
Padan muka.

*Ini adalah senario biasa bila student kena tangkap meniru. Sejak dari zaman aku belajar sampai sekarang. Situasi dia sama jer.

September 28, 2006

Bijaksana


"Tak payah nak pukul-pukul Syafique, Syafique nanti simpan la. Syafique nak main lagi ni."
Sambil buat muka kesian lepas kena pukul sikit kat ibu dia.

"Adik ni pun sama!" Tengking ibu kat Faeiz.
"Mana ada adik buat. Abang jer yang kasik hambur. Adik tumpang main saja"

Aku. Senyum sensorang sambil tahan sabar sebab puasa. Nak marah pun ada, nak tergelak pun ada bila dengar dia orang kasi alasan dengan lancar camtu.

Aku,

"Kenapa budak zaman sekarang suka menjawab bila orang tua marah. Siap dengan alasan yang cukup bijak untuk budak berusia 4 tahun dan 3 tahun macam Syafique ngan Faeiz. Kenapa zaman kita dulu, bila kena marah ngan mak ngan ayah, nak angkat muka pun tak berani"

Kawan,

"Sebab, tuhan menciptakan roh umat manusia ni dalam satu masa yang sama. Mereka-mereka yang dilahirkan terlebih dahulu ke dunia ini adalah dari kalangan roh roh yang muda, jadi bijak mereka kurang sikit. Manusia yang dilahirkan terkemudian mempunyai kebijaksanaan yang lebih tinggi kerana roh mereka telah lama hidup di alam lain dan mereka telah berusia serta ada pengalaman masing masing.

Sebab itu, manusia yang dilahirkan terkemudian dari kita lebih bijak dari kita."

Aku,

"Ooo... jadi adakah roh roh yang belum lahir tu boleh study, monitor dan dapatkan pengetahuan dari apa yang kita sedang buat didunia sekarang, makanya perkembangan ilmu dia lebih tinggi bila dilahirkan?"

Diam.

*Jangan cuba jawab soalan ini jika kita tak tahu dimana aras kita.
*Ini cuma perbualan biasa antara aku dengan opis mate, jika ada silap kat sini, sila perbetulkan.

September 26, 2006

Plastik

Sekadar hiasan: Saja nak uji ketahanan nafsu makan korang

*Terlupa yang aku ada blog. Sib baik ada bookmark. Hihi.


Kawan:
Hari puasa pertama hari tu aku gi pasar Ramadhan nak cari kuih. Disebabkan takder satu pun yang sesuai ngan aku, aku beli la kuih kat sorang pakcik ni, kesian tengok dia sebab takder orang beli kat kedai dia.

Bila balik rumah makan, rasa macam plastik, nak gigit pun susah. Membebel bebel laki aku.

Student:
Incik, macam mana sebenarnya nak masak pucuk ubi supaya dia sedap?
Semalam saya beli pucuk ubi, pastu balik rebus tapi lama pun tak jugak lembut lembut, pastu housemate kasi cadangan supaya pucuk ubi yang saya dah rebus tu, campur ngan santan, pastu rebus lagi. Saya pun ikut la.

Bila makan time berbuka tu, rasa macam plastik la incik. Tak tau kenapa. Tapi habis jugak.

Aku, yang mendatangkan marah tu:

Bila jasad dikenakan dengan daya terarah, ia biasanya melalui tiga fasa canggaan, iaitu fasa elastik, plastik dan pecah. Bahan rapuh biasanya pecah sebelum fasa plastik, sementara bahan mulur mempunyai selang yang besar antara had elastik dan had pecah.

Jadi, kuih dan pucuk ubi yang korang makan tu masih lagi bersifat mulur dan berada dalam fasa plastik. Oleh itu SABAR la masa makan time berbuka puasa tu sebab itupun salah satu tuntutan dibulan yang mulia ini.
Selamat Berpuasa.

September 21, 2006

MyTeam2U.com


At last, selepas sebulan, boleh dikatakan siap jugak la website satu ni. MyTeam2U.com.

Ini adalah satu website kawan yang nak jual produk e-rafa. Buat pakai php ngan mysql. Banyak malam jugak berjaga sampai 4 pagi untuk pastikan coding semua betul. Tak check lagi kat w3c untuk css. Tapi nampaknya bila test kat Firefox ngan IE, dua dua ok dah. IE lagi ngam dari FF, walaupun aku nyer default browser FF. Tah apa apa.

Disebabkan aku webmaster kat site ni, jadi aku disponsor untuk join e-rafa dengan free. Dapatlah dua botol spirulina perasa beri tu, yang sekarang ni dok tengah minum time berjaga develop mender ni.

Suka untuk aku menjemput korang pulak untuk melawat ke sana dan check la apa yang patut. Aku tak pandai nak promote. Korang baca jer la kat sana. Antara yang best pasal sistem ni:


  1. Korang beli produk sekali saja time daftar

  2. Korang tak payah nak cari kaki lebih lebih, sebab ada satu bonus tu yang mudah nak dapat.

  3. Bonus dia bayar hari hari kedalam e-wallet, korang boleh keluarkan hari hari bila join group MyTeam2U ni. Takder duit ambik.

  4. Penggunaan website ni membolehkan korang tak payah nak promote direct kat org, pakai online jer.

  5. Company ni baru start bulan March hari tu, tak berapa ramai lagi join, sistem online ini baru satu

  6. Macam semua sistem online yang lain jugak, korang boleh dapat satu Halaman Free bila dah daftar, pun dengan FREE jugak nanti.

Tak yah la nak list kan banyak banyak. Nanti jadi macam iklan pulak entry ni.
Klik kat bawah untuk ke sana.

MyTeam2U.com


Jangan konfius pulak bila tengok template dia sama ngan blog aku ni. Malas nak kreatif buat theme baru.

September 14, 2006

Besday

Di awal majlis, tengok tengok dulu sambil membebel bebel sebab tak tahan nafsu nak makan kek.

Praktis praktis dulu tipu lilin

Dah pasang lilin, dua dua tak berani nak dekat

Abang dulu tiup lilin

Pastu adik, dari jauh lagi tu.

Abang motivate adik supaya tiup dengan kuat.

Abang potong kek

Adik potong kek

Ulang potong kek lagi sekali, kali ni sama sama pulak

Makan

... dan makan


Tahun ni buat sikit sikit jer dulu yer Abang, Adik. Tahun depan kita panggil orang ramai ramai. Tahun ni takleh nak buat besar besar sebab ibu tak larat nak masak. Nanti tahun depan, kalau adik baby lahir bulan ni jugak, kita buat grand grand eek.

Happy Birthday.