September 26, 2006

Plastik

Sekadar hiasan: Saja nak uji ketahanan nafsu makan korang

*Terlupa yang aku ada blog. Sib baik ada bookmark. Hihi.


Kawan:
Hari puasa pertama hari tu aku gi pasar Ramadhan nak cari kuih. Disebabkan takder satu pun yang sesuai ngan aku, aku beli la kuih kat sorang pakcik ni, kesian tengok dia sebab takder orang beli kat kedai dia.

Bila balik rumah makan, rasa macam plastik, nak gigit pun susah. Membebel bebel laki aku.

Student:
Incik, macam mana sebenarnya nak masak pucuk ubi supaya dia sedap?
Semalam saya beli pucuk ubi, pastu balik rebus tapi lama pun tak jugak lembut lembut, pastu housemate kasi cadangan supaya pucuk ubi yang saya dah rebus tu, campur ngan santan, pastu rebus lagi. Saya pun ikut la.

Bila makan time berbuka tu, rasa macam plastik la incik. Tak tau kenapa. Tapi habis jugak.

Aku, yang mendatangkan marah tu:

Bila jasad dikenakan dengan daya terarah, ia biasanya melalui tiga fasa canggaan, iaitu fasa elastik, plastik dan pecah. Bahan rapuh biasanya pecah sebelum fasa plastik, sementara bahan mulur mempunyai selang yang besar antara had elastik dan had pecah.

Jadi, kuih dan pucuk ubi yang korang makan tu masih lagi bersifat mulur dan berada dalam fasa plastik. Oleh itu SABAR la masa makan time berbuka puasa tu sebab itupun salah satu tuntutan dibulan yang mulia ini.
Selamat Berpuasa.

19 comments:

me3n said...

tak dapat nak bayangkan rase cam plastik..sian kat pakcik tuh..haha~!

dulu aku kat sekolah asrama lagi teruk, kalau sarapan roti canai, budak2 cakap macam makan kulit kaki..

Anonymous said...

hihi... Zudi, best la teori yang last sekali tu.. lama dah tak belajar.. dah lupa sumer tu..
errr.. pinjam wat masuk dalam novel, boleh tak? hahaha.. :D

Titicaca said...

explanation yg baguuuussss banget sih...wakakakakka..(gelak guling2)

Anonymous said...

ya. saya setuju. haha! selamat berpuasa buat anda juga..

tumismenumis said...

ad3ck,
Makan kulit kaki? Dasat jugak korang!

nieys,
Pinjam? Tak yah la nak pinjam, ambik jer pree. Hihi.

titicaca,
Lama tak dengar citer awak.
Kalau ko jadi cekgu, ko kena tau macam mana nak explain dgn bagus.

gitartong,
Ya.ya. tak payah angkat tangan.

hayad said...

best2, mskkan la teori byk2 cikgu mazudi, smbil membaca dpt gak ilmu ;)

kingbinjai said...

dah beli kuih plastik, camne nak makan

Aku Bukan Bidadari said...

First Of All..apasal letak gambar KFC huwarghhhhhhhhhhhhhhh

TAK BOLEH TAHAN!!!!

* Balik kang nakmakan kfc lah

blackpurple @ jowopinter said...

Kena pastikan itu betul-betul'pucuk' ubi. Kalau kat KL ni ramai yang jual 'daun' ubi bukan 'pucuk' ubi.....hehehe

ontahsapo said...

aku suka kuih yg pecah sebelum fasa plastik...

Anonymous said...

alamak ada pic KFC, macam terliur sahaja Am ni hehehe

Anonymous said...

Dah rebus lama pun rasa cam plastik..adeiii

KFClah..dah 3 tahun tak makan....kat sini tak halal maa!!!Buat ayam goreng sendiri jerlah....

Amanitium Cho said...

woah lecturer ni, lihat semua dari sudut tu. bagus, praktikkan pengajaran.

tumismenumis said...

hayad,
Takleh nak banyak banyak nanti orang ingat blog ni macam kelas pulak.

binjai,
errk. Kuih plastik? Ada ker?

Tiara,
Habislaa Beckham petang ni.

blackpurple,
Ha'aa kan. Tak pulak aku tanya pasal tu.

OS,
Ko memang seorang yang bijak dan ada taste tersendiri.

am,
Gambar sekadar hiasan, nak uji ketahanan nafsu makan korang.

yus,
balik nanti, turun jer KLIA tu, makan la kfc puas puas kat situ. :)

amanitium,
Terpaksa la beb, kijer cenggitu.

Akima Akatoman said...

uish,
tak pernah pula aku makan pucuk ubi rasa macam plastik..

tumismenumis said...

Aki,
takder jual kot kat pasar Ramadhan

ZaKiN said...

berspesis mulur rupenya.. ingat tiub beskal tadi.. huhuhu..

Lan Rambai said...

"Bila jasad dikenakan dengan daya terarah, ia biasanya melalui tiga fasa canggaan, iaitu fasa elastik, plastik dan pecah. Bahan rapuh biasanya pecah sebelum fasa plastik, sementara bahan mulur mempunyai selang yang besar antara had elastik dan had pecah."

Warghhh.. patutlah aku gagal Kimia dulu. Apa ko tulis ni aku tak dapat tangkap langsung hahaha

Azhar Ahmad said...

Nguah2 plastik pun jadik isu...