June 30, 2006

Doa Selamat Ibu


Dulu sebelum balik Tawau ingat nak buat sikit majlis doa selamat untuk ibu supaya nanti dia kandungannya takder problem dan nanti masa bersalin nanti pun insya allah takder apa apa. Tapi time tu dah start cuti dan ramai pulak kengkawan yang balik kampung, so cancel jer majlis tu kat KK.

Hari ni ibu cadangkan untuk buat jer bacaan doa selamat tu kat rumah ni pastu sama sama family kami jer yang baca surah yassin dan baca doa selamat. Jadi hari ni keluar ngan ibu untuk beli ayam dan apa apa peralatan untuk makan malam nanti.

Nenek masak masakan special dia, soto jawa tu. Disamping tu ada la sikit lauk yang lain untuk dihidangkan bersama ngan nasik juga.

Lepas Isyak kami sama sama baca surah Yassin yang diketuai oleh Ustad dan kami kami semua, atuk, Rahman dan sorang Mas dari rumah sebelah.

June 27, 2006

Pusing Tawau


Pagi ni takder mender nak buat so bawak Syafique jenjalan pusing bandar Tawau. Tujuan asal dia nak gi isi minyak kereta jer, terlanjur dah tu, so pusing pusing jer la.

Bandar dia ni tak besar sangat, dalam 20 minit dah abis la pusing satu bandar. Tapi ok jugak la, banyak aktiviti yang ada kat sini.

Kat Tawau ada satu Port yang ulang alik ke Nunukan di Indonesia. So, ramai orang Indon yang masuk Sabah ni kebanyakan nya melalui pelabuhan ni. Nak cop passport pun kena ikut pelabuhan ni. Semalam bawak dua orang kerja dengan nenek Syfique balik chop passport ke Nunukan.

View pantai dia cantik, tapi bukan untuk mandi. Dah kotor kot sebab kat sebelah dia ada satu kampung nama dia kampung Icebox ( yer, peti sejuk), yang dibuat kat tepi laut, yang kebanyakan orang Indon ngan Filipin. Nama pantai tu dia orang panggil Highway jer. Ada tempat lepakjugak kat situ. Ok jugak la.

Sempat singgah ambik gambar Syafique kat situ.

Balik Tawau

Ini view dari belakang rumah Atuk

Dah lama tak balik Tawau. Sementara cuti ni bawak Syafique ngan Faeiz jumpa Atuk dan Nenek serta semua sedara dia kat kampung.

Bertolak dari KK jam 9.30am sampai kat Tawau dah dekat jam 6.00pm. Boleh tahan jugak drive.
Tak banyak plan yang nak dibuat kat Tawau. Cuma nak balik kampung pastu relax betul betul. Tapi tu la, sesampai jer banyak pula citer yang nak dibuat. Ok la, at least takder pulak terperuk kat rumah jer.

June 21, 2006

Tamu Tamparuli

Kat Belakang Faeiz Tu Jambatan Tamparuli
Hari Rabu ada tamu di Tamparuli. Kebetulan hari tu Hishamudin dari Politeknik Kuching datang nak naik Gunung Kinabalu pastu nak gi Rumah Anak Yatim kat Tuaran, so sementara dia naik gunung, dia pesan suruh cari anak pokok mangga ngan pokok jambu.

Semalam ada pergi cari kat nursery tapi semua pun besar besar punya pokok. Since hari ni ad tamu kat Tamparuli so carik kat sini la. Dapat pulak anak pokok mangga epal ngan satu lagi mangga Manila. Pokok jambu air kaler merah pun dapat jugak.

June 19, 2006

Tamu Jalan Gaya


Setiap hari minggu ada tamu kat KK, kat Jalan Gaya. Dah lama tak pergi sebab dulu dulu, time awal awal kawen dulu boleh dikatakan tiap tiap minggu pergi sana.

Minggu ni sebab takder apa nak dibuat dan wife pun dah lama tak keluar rumah, so dia mintak gi tamu. Semua nya pun masih macam dulu dulu jugak. Susah cari parking dan crowded. Kalau awal awal datang dulu syok datang sini sebab banyak benda pelik pelik yang ada, tapi sekarang dah jadi biasa pulak.

Tapi yang best sekarang, kalau dulu Syafique ngan Faeiz kena dukung, sekarang dua dua dah pandai jalan sendiri.

Tak lama tu, beberapa bulan lagi kalau datang sini, ada pulak adik dia orang yang nak kena dukung.

June 16, 2006

Sleep


Sleep is the regular state of natural rest observed in all mammals, birds, and fish. Sleep is not actually "unconsciousness," but rather, it is a natural state of rest characterized by a reduction in voluntary body movement, decreased reaction to external stimuli, an increased rate of anabolism (the synthesis of cell structures), and a decreased rate of catabolism (the breakdown of cell structures). Therefore, since consciousness is literally the awareness of the surroundings, being asleep is just an altered state of consciousness, as opposed to being unconscious. It is heavily influenced by circadian rhythms and by hormonal and environmental factors. Sleep performs a restorative function for the brain and body as evidenced by the myriad symptoms of metabolic dysfunction that result when animals are deprived of sleep.

From Wikipedia, the free encyclopedia

Semalam diaorang tidur awal, pukul 7.00pm, pastu Syafique bangun balik pukul 9.30, bukak Channel cartoon kat dia. Pukul 10.30, baru nak start tidur, Faeiz pulak terjaga, ikut abang dia layan cartoon. Pukul 1.00am, terkejut dengar dua dua ketawa mengilai, rupa rupa masih lagi layan cartoon. Dekat pukul 2.00 am, tersedar lagi sekali, bergaduh pulak dua orang tu.

Pagi tadi bangun, dua dua lentok. Tah pukul berapa bangun tak tau pagi ni.

June 13, 2006

Marking Paper


Marking paper ni pun dia ada sains dia tau. Setakat study ni dibuat, didapati brader kat atas ni mempunyai sistem marking yang paling best.

En. Syahrul Azmin: Work Study On Final Exam Paper's Marking

Arrangment paper kena ikut kat bawah, sila rujuk gambar kat atas, kategori dia:
1. Belum marking
2. Soalan
3. Skema Jawapan
4. Partially mark
5. Sedang marking
6. Ration.

Kaedah Marking.

1. Ambik paper yang belum marking pakai tangan kanan.
2. Rujuk Soalan kat depan
3. Rujuk Skema jawapan kat sebelah soalan
4. Marking dan kasi markah
5. Susun paper yang dah marking kat area partially mark
6. Ambik ration (air tin ker apa ker), minum.
7. Ulang langkah (1), sampai habis marking.

*Kalaula ada 150 paper yang nak kena marking, agak agak berapa kali kena pergi tandas eek?

June 11, 2006

Playground


Lately ni hujan pulak kalau sebelah petang. Hari ni kebetulan tak pulak hujan so bawak Syafique ngan Faeiz main kat playground kat depan rumah. Dah lama dia orang tak main kat situ. Hari hari main game kat CartoonNetwork.com, dari pagi sampai petang, kengkadang bawak ke malam.

Seronok la dia orang kalau bawak kat sini sebab ada ramai kawan-kawan. Kalau nak tengok camana Syafique bersosial ngan kengkawan dia, tengok kat playground ni la. Faeiz mengikut jer apa yang abang dia buat.

Hari ni tak sampai sejam main kat situ. Faeiz terkencing dalam seluar.

June 9, 2006

E.X.A.M


Minggu ni start final exam sampai minggu depan. Aku kalau ikut jadual kena jaga tiga kali. Dah abis dah dua kali, hari Rabu ngan hari Khamis hari tu. Tinggal sekali lagi next week.

Kalau nak tahu, boring sebenarnya jaga exam ni. Dua jam tercanguk kat situ.

Minggu ni jugak ada audit inventori untuk jabatan. Kena audit Jabatan Elektrik ngan Pentadbiran. Baru sekejap tadi abis kat Pentadbiran. Petang ni ada meeting untuk conclusion.

June 7, 2006

BAS


Awal awal datang KK dulu terasa peliknya jugak. Apa yang dipanggil bas kat sini kebanyakannya adalah van. Tapi dia ada tulis la kat badan bas tu "Bas Mini", pastu ada kawasan kawasan yang dia masuk. Bukan kat KK saja boleh jumpa ngan bas macm ni, almost semua town kat Sabah ni, inilah bas dia. Ada la jugak yang bas mini betul, tapi tak banyak, kalau ada pun kat area bandar KK tu jer.

Dalam hidup aku kat KK ni baru sekali jer naik bas mini ni, masa belum kawen dulu, time tinggal kat Kingfisher dulu. Terasa pelik jugak. Bas dia mana ada konduktor yang kutip tiket tu, tiket pun takder, main bayar kat drebar jer. Time tu aku pulak yang terasa kampung, tak pernah naik bas.

Anyway, gambar kat atas tu sebenarnya, view dari tingkap opis aku. Bus stand kat luar pagar Politeknik KK. Hari hari tengok gelagat drebar bas, tengok student poli yang naik bas dan tengok awek poli yang kalau keluar naik bas majoriti dia totally berbeza dengan apa yang kita kenal kat kelas, dengan dressing dia laa.

Tapi satu kena respek ngan abang drebar bas ni, dia orang pandai jaga tempat ni. Biasa pagi pagi tu ada la nampak sorang dua geng geng drebar bas ni yang sapu sampah kat area ni. Bus stand ni sebenarnya Politeknik KK yang buat, tapi ok la sebab dia orang boleh maintain kebersihan kat situ.

June 4, 2006

Pantai Dalit


Pantai Dalit tak jauh dari Politeknik KK. Apa yang menjadikan tempat ni famous sebab ada Shangri-La's Rasa Ria Resort kat situ.

Hari tu masa cuti Ka'amatan, pagi tu bawak Syafique ngan Faeiz pergi lepak lepak kat sana. Ada ramai jugak dah orang masa kami sampai tu. Seronok dia orang tengok orang tunggang kuda, dan yang best ada beberapa ekor lembu kat situ, pun dia orang panggil kuda.

Pergi tengok jer pantai, tak mandi sebab tak bawak tuala dan baju mandi. Nanti kalau mandi, abis kotor kereta kena air laut.

June 1, 2006

Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2006


The state of Sabah invites the public to celebrate the National Level of the Tadau Kaamatan (Harvest Festival) at this Open House gathering, which will be held at the University Malaysia Sabah Chancellor's Hall in Kota Kinabalu.

This event will be graced by our beloved King, His Majesty Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Putra Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail and Her Majesty, the Queen Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid.


Wife ajak pergi petang semalam. Sampai kat UMS kereta dah penuh, tapi time tu masih ada lagi parking kosong. Sampai kat Dewan Chanselor tu memang dah tak boleh masuk dah, crowded sangat. Lepak kat luar jer tengok Syafique ngan Faeiz berlari lari main ngan screen wayang kat depan tu.

Tanya polis kat luar tu jam berapa baru start. Dia cakap pukul 9.00 baru DYMM Agong sampai. Masa tu belum pukul 7.00 lagi. Tanya wife , dia pun dah malas nak tunggu.

Duduk sekejap pastu balik rumah layan Akademi Fantasia.
Tah bila boleh nengok Siti Nurhaliza tah.

May 31, 2006

Muzium Sabah

Ingat semalam ada apa apa kat Muzium tu sempena Kaamatan. Sampai sampai lengang jer. Adala jugak ornag tapi tak ramai. Apa apa pun masuk jugak la ke dalam bawak Syafique ngan Faeiz melawat muzium. Happy kan main dia ornag tengok mender pelik pelik kat dalam tu. Ada jugak tempat yang Syafique takut nak masuk. tempat yang macam lorong lorong tu, lighting pun dia kasik suram jer.

Bila keluar jer, tengok dah ramai budak sekolah yang cikgu dia bawak , rombongan la tu. Faeiz pulak mengamuk nak beli air.

Tak larat nak layan faeiz, terus balik jer.

May 29, 2006

Takziah Pada Said Ambotang

Utusan Malaysia, 29hb Mei, 2006

Guru maut, 3 cedera dilanggar kereta api

KOTA KINABALU 28 Mei - Seorang guru wanita terbunuh selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandunya dirempuh kereta api ketika melalui sebuah lintasan kereta api di Putatan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari itu, Siti Samiah Sailan, 37, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) kira-kira jam 2.30 petang.

Dua anak mangsa yang turut berada dalam kenderaan berkenaan iaitu Ainon Nadiah Abdul Said, 8, dan Mohd Lokman, 3, cedera ringan manakala pembantu rumahnya yang cuma dikenali sebagai Ismawati, 18, seorang warga Indonesia terselamat.

Mereka menerima rawatan di QEH dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Suami mangsa yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini, tidak berada dalam kenderaan itu semasa kejadian.

Suami dia tu Kawan lama aku, Said Ambotang. Dia pernah bertugas sama dengan aku kat Politeknik KK, seingat aku dari tahun 2000 sampai 2005 bila dia bertukar ke UMS. Kami pernah sama sama buat lawatan Latihan Industri kat Tawau dulu.

Takziah pada beliau dan semoga tenang dan kuat untuk melalui dugaan ni.

Alfatihah.

Update : Image Dari Daily Express .
Full Story...

May 27, 2006

Lawak Sepol Apek

Hari tu time mandi pagi nak gi kerja dengar Sepol Apek buat lawak kat radio Era. Dia kasik macam teka teki:

"Apa beza Sekretari baik ngan sekretari kurang baik?"

Kebetulan ada kelas hari tu, ingat nak buat lawak la kat budak budak kat dalam kelas. Ulang balik soklan yang Sepol Apek kasi kat radio pagi tadi. Dah abis jer soklan dan dengan respon yang macam macam dari student, lastly terpaksa kasi jawapan yang sama ngan jawapan yang Sepol Apek tu kasi:

"
Sekretari baik; Dia cakap "Selamat Pagi Boss"
Sekretari kurang baik; Dia cakap " Boss! Boss! Dah pagi ni boss!!
"

Sorang student pun tak gelak!!

May 15, 2006

Rombongan Kak Ann Ke Labuan

Sorry guys lambat sikit log pasal Lawatan Ke Labuan ni.

Akceli dari last semester lagi dah propose nak gi Labuan. Start awal sem nampak Ann dah sibuk dengan paper work, contact sana sini, pastu tah berapa kali nak minta confirm exact date. Last last jadi jugak. Booking Coaster PKK pastu gi Labuan ikut Menumbuk naik feri.

First day, travel. Dari KK ke Menumbok pun dah dekat dua jam. Feri jalan pukul dua. Sejam setengah jugak kat dalam feri baru sampai Labuan. Dalam pukul 3.00pm gitu kot sampai. Ann jugak yang manage pasal hotel.

Petang tu Ajmain bawak pusing pusing satu Labuan, dengan Menara apa tah ni, pastu gi Taman Burung, pastu gi Pantai tu. Tak ingat nama la beb. Nanti update la sini.

Second day, SESB Patau Patau dan shopping untuk yang mana tak sempat nak beli cekelat malam tadi tu.

Feri balik ke Menumbok pukul satu setengah. Sampai sana dah pukul 4.00 gitu. Singgah kat Beufort makan sebelum proceed balik KK. Sampai KK dah malam dah.

Over all, happening. Next semester KJ suruh buat gi Tawau pulak.
Full Album

April 3, 2006

Kundasang


Saja bawak budak budak gi jalan jalan merasa kawasan sejuk. Tidur kat Kundasang satu malam. Book Kinabalu Pine Resort sehari sebelum tu. Nasib baik ada lagi bilik kosong, biasa kalau weekend camtu susah nak dapat bilik. Tu pun bilik kat bawah, view memang tak ngam langsung.

Satu yang tak best, nak makan agak jauh, terpaksa drive gi pekan Ranau nak makan.

Full Album

March 27, 2006

Ketam Dan Kelapa


On the way balik Tuaran beli ketam kat tepi Jalan Tuaran. Dari sebelum pergi KL tu hari lagi wife mintak nak makan ketam. Mengidam la tu kot. Abis tak sempat, lagipun ketam yang ada kat pasar macam tak best jer. Harga dia ok jugakla, RM15.00, ada dalam lapan ekor. Saiz dia boleh tahan jugak. Balik rumah terus dia cari resepi kat internet nak masak apa. Lastly dia masak "Ketam Masak Manis", resepi dia kat sini .


Sebelum sampai rumah ada lagi satu dia punya request, nak makan air kelapa muda pulak. Yang ni tak susah sebab belakang Politeknik KK, jalan ke Pantai Dalit tu ada jual kelapa bakar. Kelapa muda memang famous kat situ. So beli dua bijik, balik rumah bukak ambik air. Kesian, isi masih takder, nak jugak dia makan isi kelapa tu.

March 26, 2006

Tamu Tuaran


Balik dari KL semalam, kebanyakan barang kat rumah dah abis. Malam tadi dah bawak dia orang semua gi shopping dah, beli semua benda yang dah abis. Tu pun ada jugak lagi mender yang nak kena beli beli.

Pagi tadi pergi Tamu Tuaran nak beli barang barang basah. Rupanya kat tamu sini, yang paling banyak pun pakaian bundle. Berderet dari hujung ke hujung. Dah laa pukul 12.00 tengahari sampai situ, dengan panas khemah bundle tu, punya laa meruwap. Sekali bawak Syafique ngan Faeiz gi pusing pusing kat situ, terus masuk pasar beli ikan, sayur apa semua.

Sampai kat kereta dua dua mintak beli air.

March 25, 2006

Aircraft Maintenance #2


Dari awal Januari lagi Che' Mie dah call Nizam kasi tau bulan ni ada second meeting untuk prepare Sylibus course Aircraft maintenance tu. Surat dia sampai last week, siap ngan sijil untuk first meeting dulu. Belakang dia ada surat panggil meeting.

Kali ni dia buat kat Dynasty Hotel KL. Start dari 20 Mac - 24 Mac 2006.

Flight kami pukul 11.15 dari KK, sampai sana dalam pukul 1.00 gitu, pastu ada kawan Nizam fetch dari KLIA ke Dynasty Hotel. Macam biasa kami orang terawal yang sampai even masa tu dah pukul 3.00pm dah. Check in dan kena bilik tingkat 21, bilik 2181.

Tiga hari kat situ, sambung balik buat kerja yang dulu. Cam biasa taip sylibus sampai siap. Kali ni orang dia ramai sikit, kalau dulu 12 orang jer, kali ni ada 24 orang, sepatutnya la. Ada geng yang dulu dah ikut course aircraft instructor kat MAS, Subang, so dia orang tak datang la. Dah 6 orang dah yang ikut course tu. Tough jugak.

Dah siap dokumen tu semua, next month Che'Mie nak bawak gi present kat panel kat KK untuk diluluskan, pastu sign MoU ngan MAS untuk proceed ke next level. Mungkin next level tu buat pembelian inventory kot. Kena buat spec la pulak tu.

Balik KK semula sensorang dengan LRT dari stesen Titiwangsa gi ke Chan Sow Lin, dari situ ambik bas ke KLIA, Airport Coach dengan tambang RM10. Time tu dah terasa sakit kepala sebab semalam nyer tu makan lala kat hotel, kolestrol tinggi kot. Sabar jer kat atas bas. Sampai KLIA beli panadol, makan, time kat atas flight tu dah ok balik dah.

Sampai KK dah pukul 5.30 pm. Wife gi ambik kat airport.