June 27, 2006

Pusing Tawau


Pagi ni takder mender nak buat so bawak Syafique jenjalan pusing bandar Tawau. Tujuan asal dia nak gi isi minyak kereta jer, terlanjur dah tu, so pusing pusing jer la.

Bandar dia ni tak besar sangat, dalam 20 minit dah abis la pusing satu bandar. Tapi ok jugak la, banyak aktiviti yang ada kat sini.

Kat Tawau ada satu Port yang ulang alik ke Nunukan di Indonesia. So, ramai orang Indon yang masuk Sabah ni kebanyakan nya melalui pelabuhan ni. Nak cop passport pun kena ikut pelabuhan ni. Semalam bawak dua orang kerja dengan nenek Syfique balik chop passport ke Nunukan.

View pantai dia cantik, tapi bukan untuk mandi. Dah kotor kot sebab kat sebelah dia ada satu kampung nama dia kampung Icebox ( yer, peti sejuk), yang dibuat kat tepi laut, yang kebanyakan orang Indon ngan Filipin. Nama pantai tu dia orang panggil Highway jer. Ada tempat lepakjugak kat situ. Ok jugak la.

Sempat singgah ambik gambar Syafique kat situ.

No comments: