July 2, 2006

Cari Kambing


Syafique dah di akikah masa balik Kelantan dulu. Faeiz belum lagi. Ibu dia dah lama kasik tau kat nenek Tawau untuk cari kambing untuk akikah Faeiz. Kebetulan kakak ibu pun nak buat jugak, campur lagi ngan adik ibu, si Kenon buat nazar nak kenduri satu kambing, so total kambing yang nenek kena prepare ialah lima ekor.

Sementara kami balik ni, nenek ajak cari kambing. Mula mula ikut mak cik Leleng gi cari kat kampung dia di Kongsi 10 sana. Jumpa satu makcik tu, diskas diskas ngan nenek, last last nenek naik kereta dengan jawapan yang mengecewakan.

Pastu gi lain tempat lagi, sebelah airport lama, tu takder jugak. Pastu singgah kat dua tiga kampung lain lagi takder jugak. Last last abis satu hari hari tu dengan takder jumpa kambing jantan yang cukup umur.

"Memang banyak dugaannya kalau nak buat mender baik ni" kata nenek.

June 30, 2006

Doa Selamat Ibu


Dulu sebelum balik Tawau ingat nak buat sikit majlis doa selamat untuk ibu supaya nanti dia kandungannya takder problem dan nanti masa bersalin nanti pun insya allah takder apa apa. Tapi time tu dah start cuti dan ramai pulak kengkawan yang balik kampung, so cancel jer majlis tu kat KK.

Hari ni ibu cadangkan untuk buat jer bacaan doa selamat tu kat rumah ni pastu sama sama family kami jer yang baca surah yassin dan baca doa selamat. Jadi hari ni keluar ngan ibu untuk beli ayam dan apa apa peralatan untuk makan malam nanti.

Nenek masak masakan special dia, soto jawa tu. Disamping tu ada la sikit lauk yang lain untuk dihidangkan bersama ngan nasik juga.

Lepas Isyak kami sama sama baca surah Yassin yang diketuai oleh Ustad dan kami kami semua, atuk, Rahman dan sorang Mas dari rumah sebelah.

June 27, 2006

Pusing Tawau


Pagi ni takder mender nak buat so bawak Syafique jenjalan pusing bandar Tawau. Tujuan asal dia nak gi isi minyak kereta jer, terlanjur dah tu, so pusing pusing jer la.

Bandar dia ni tak besar sangat, dalam 20 minit dah abis la pusing satu bandar. Tapi ok jugak la, banyak aktiviti yang ada kat sini.

Kat Tawau ada satu Port yang ulang alik ke Nunukan di Indonesia. So, ramai orang Indon yang masuk Sabah ni kebanyakan nya melalui pelabuhan ni. Nak cop passport pun kena ikut pelabuhan ni. Semalam bawak dua orang kerja dengan nenek Syfique balik chop passport ke Nunukan.

View pantai dia cantik, tapi bukan untuk mandi. Dah kotor kot sebab kat sebelah dia ada satu kampung nama dia kampung Icebox ( yer, peti sejuk), yang dibuat kat tepi laut, yang kebanyakan orang Indon ngan Filipin. Nama pantai tu dia orang panggil Highway jer. Ada tempat lepakjugak kat situ. Ok jugak la.

Sempat singgah ambik gambar Syafique kat situ.

Balik Tawau

Ini view dari belakang rumah Atuk

Dah lama tak balik Tawau. Sementara cuti ni bawak Syafique ngan Faeiz jumpa Atuk dan Nenek serta semua sedara dia kat kampung.

Bertolak dari KK jam 9.30am sampai kat Tawau dah dekat jam 6.00pm. Boleh tahan jugak drive.
Tak banyak plan yang nak dibuat kat Tawau. Cuma nak balik kampung pastu relax betul betul. Tapi tu la, sesampai jer banyak pula citer yang nak dibuat. Ok la, at least takder pulak terperuk kat rumah jer.

June 21, 2006

Tamu Tamparuli

Kat Belakang Faeiz Tu Jambatan Tamparuli
Hari Rabu ada tamu di Tamparuli. Kebetulan hari tu Hishamudin dari Politeknik Kuching datang nak naik Gunung Kinabalu pastu nak gi Rumah Anak Yatim kat Tuaran, so sementara dia naik gunung, dia pesan suruh cari anak pokok mangga ngan pokok jambu.

Semalam ada pergi cari kat nursery tapi semua pun besar besar punya pokok. Since hari ni ad tamu kat Tamparuli so carik kat sini la. Dapat pulak anak pokok mangga epal ngan satu lagi mangga Manila. Pokok jambu air kaler merah pun dapat jugak.

June 19, 2006

Tamu Jalan Gaya


Setiap hari minggu ada tamu kat KK, kat Jalan Gaya. Dah lama tak pergi sebab dulu dulu, time awal awal kawen dulu boleh dikatakan tiap tiap minggu pergi sana.

Minggu ni sebab takder apa nak dibuat dan wife pun dah lama tak keluar rumah, so dia mintak gi tamu. Semua nya pun masih macam dulu dulu jugak. Susah cari parking dan crowded. Kalau awal awal datang dulu syok datang sini sebab banyak benda pelik pelik yang ada, tapi sekarang dah jadi biasa pulak.

Tapi yang best sekarang, kalau dulu Syafique ngan Faeiz kena dukung, sekarang dua dua dah pandai jalan sendiri.

Tak lama tu, beberapa bulan lagi kalau datang sini, ada pulak adik dia orang yang nak kena dukung.

June 16, 2006

Sleep


Sleep is the regular state of natural rest observed in all mammals, birds, and fish. Sleep is not actually "unconsciousness," but rather, it is a natural state of rest characterized by a reduction in voluntary body movement, decreased reaction to external stimuli, an increased rate of anabolism (the synthesis of cell structures), and a decreased rate of catabolism (the breakdown of cell structures). Therefore, since consciousness is literally the awareness of the surroundings, being asleep is just an altered state of consciousness, as opposed to being unconscious. It is heavily influenced by circadian rhythms and by hormonal and environmental factors. Sleep performs a restorative function for the brain and body as evidenced by the myriad symptoms of metabolic dysfunction that result when animals are deprived of sleep.

From Wikipedia, the free encyclopedia

Semalam diaorang tidur awal, pukul 7.00pm, pastu Syafique bangun balik pukul 9.30, bukak Channel cartoon kat dia. Pukul 10.30, baru nak start tidur, Faeiz pulak terjaga, ikut abang dia layan cartoon. Pukul 1.00am, terkejut dengar dua dua ketawa mengilai, rupa rupa masih lagi layan cartoon. Dekat pukul 2.00 am, tersedar lagi sekali, bergaduh pulak dua orang tu.

Pagi tadi bangun, dua dua lentok. Tah pukul berapa bangun tak tau pagi ni.

June 13, 2006

Marking Paper


Marking paper ni pun dia ada sains dia tau. Setakat study ni dibuat, didapati brader kat atas ni mempunyai sistem marking yang paling best.

En. Syahrul Azmin: Work Study On Final Exam Paper's Marking

Arrangment paper kena ikut kat bawah, sila rujuk gambar kat atas, kategori dia:
1. Belum marking
2. Soalan
3. Skema Jawapan
4. Partially mark
5. Sedang marking
6. Ration.

Kaedah Marking.

1. Ambik paper yang belum marking pakai tangan kanan.
2. Rujuk Soalan kat depan
3. Rujuk Skema jawapan kat sebelah soalan
4. Marking dan kasi markah
5. Susun paper yang dah marking kat area partially mark
6. Ambik ration (air tin ker apa ker), minum.
7. Ulang langkah (1), sampai habis marking.

*Kalaula ada 150 paper yang nak kena marking, agak agak berapa kali kena pergi tandas eek?

June 11, 2006

Playground


Lately ni hujan pulak kalau sebelah petang. Hari ni kebetulan tak pulak hujan so bawak Syafique ngan Faeiz main kat playground kat depan rumah. Dah lama dia orang tak main kat situ. Hari hari main game kat CartoonNetwork.com, dari pagi sampai petang, kengkadang bawak ke malam.

Seronok la dia orang kalau bawak kat sini sebab ada ramai kawan-kawan. Kalau nak tengok camana Syafique bersosial ngan kengkawan dia, tengok kat playground ni la. Faeiz mengikut jer apa yang abang dia buat.

Hari ni tak sampai sejam main kat situ. Faeiz terkencing dalam seluar.

June 9, 2006

E.X.A.M


Minggu ni start final exam sampai minggu depan. Aku kalau ikut jadual kena jaga tiga kali. Dah abis dah dua kali, hari Rabu ngan hari Khamis hari tu. Tinggal sekali lagi next week.

Kalau nak tahu, boring sebenarnya jaga exam ni. Dua jam tercanguk kat situ.

Minggu ni jugak ada audit inventori untuk jabatan. Kena audit Jabatan Elektrik ngan Pentadbiran. Baru sekejap tadi abis kat Pentadbiran. Petang ni ada meeting untuk conclusion.

June 7, 2006

BAS


Awal awal datang KK dulu terasa peliknya jugak. Apa yang dipanggil bas kat sini kebanyakannya adalah van. Tapi dia ada tulis la kat badan bas tu "Bas Mini", pastu ada kawasan kawasan yang dia masuk. Bukan kat KK saja boleh jumpa ngan bas macm ni, almost semua town kat Sabah ni, inilah bas dia. Ada la jugak yang bas mini betul, tapi tak banyak, kalau ada pun kat area bandar KK tu jer.

Dalam hidup aku kat KK ni baru sekali jer naik bas mini ni, masa belum kawen dulu, time tinggal kat Kingfisher dulu. Terasa pelik jugak. Bas dia mana ada konduktor yang kutip tiket tu, tiket pun takder, main bayar kat drebar jer. Time tu aku pulak yang terasa kampung, tak pernah naik bas.

Anyway, gambar kat atas tu sebenarnya, view dari tingkap opis aku. Bus stand kat luar pagar Politeknik KK. Hari hari tengok gelagat drebar bas, tengok student poli yang naik bas dan tengok awek poli yang kalau keluar naik bas majoriti dia totally berbeza dengan apa yang kita kenal kat kelas, dengan dressing dia laa.

Tapi satu kena respek ngan abang drebar bas ni, dia orang pandai jaga tempat ni. Biasa pagi pagi tu ada la nampak sorang dua geng geng drebar bas ni yang sapu sampah kat area ni. Bus stand ni sebenarnya Politeknik KK yang buat, tapi ok la sebab dia orang boleh maintain kebersihan kat situ.

June 4, 2006

Pantai Dalit


Pantai Dalit tak jauh dari Politeknik KK. Apa yang menjadikan tempat ni famous sebab ada Shangri-La's Rasa Ria Resort kat situ.

Hari tu masa cuti Ka'amatan, pagi tu bawak Syafique ngan Faeiz pergi lepak lepak kat sana. Ada ramai jugak dah orang masa kami sampai tu. Seronok dia orang tengok orang tunggang kuda, dan yang best ada beberapa ekor lembu kat situ, pun dia orang panggil kuda.

Pergi tengok jer pantai, tak mandi sebab tak bawak tuala dan baju mandi. Nanti kalau mandi, abis kotor kereta kena air laut.

June 1, 2006

Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2006


The state of Sabah invites the public to celebrate the National Level of the Tadau Kaamatan (Harvest Festival) at this Open House gathering, which will be held at the University Malaysia Sabah Chancellor's Hall in Kota Kinabalu.

This event will be graced by our beloved King, His Majesty Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Putra Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail and Her Majesty, the Queen Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid.


Wife ajak pergi petang semalam. Sampai kat UMS kereta dah penuh, tapi time tu masih ada lagi parking kosong. Sampai kat Dewan Chanselor tu memang dah tak boleh masuk dah, crowded sangat. Lepak kat luar jer tengok Syafique ngan Faeiz berlari lari main ngan screen wayang kat depan tu.

Tanya polis kat luar tu jam berapa baru start. Dia cakap pukul 9.00 baru DYMM Agong sampai. Masa tu belum pukul 7.00 lagi. Tanya wife , dia pun dah malas nak tunggu.

Duduk sekejap pastu balik rumah layan Akademi Fantasia.
Tah bila boleh nengok Siti Nurhaliza tah.

May 31, 2006

Muzium Sabah

Ingat semalam ada apa apa kat Muzium tu sempena Kaamatan. Sampai sampai lengang jer. Adala jugak ornag tapi tak ramai. Apa apa pun masuk jugak la ke dalam bawak Syafique ngan Faeiz melawat muzium. Happy kan main dia ornag tengok mender pelik pelik kat dalam tu. Ada jugak tempat yang Syafique takut nak masuk. tempat yang macam lorong lorong tu, lighting pun dia kasik suram jer.

Bila keluar jer, tengok dah ramai budak sekolah yang cikgu dia bawak , rombongan la tu. Faeiz pulak mengamuk nak beli air.

Tak larat nak layan faeiz, terus balik jer.

May 29, 2006

Takziah Pada Said Ambotang

Utusan Malaysia, 29hb Mei, 2006

Guru maut, 3 cedera dilanggar kereta api

KOTA KINABALU 28 Mei - Seorang guru wanita terbunuh selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandunya dirempuh kereta api ketika melalui sebuah lintasan kereta api di Putatan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari itu, Siti Samiah Sailan, 37, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) kira-kira jam 2.30 petang.

Dua anak mangsa yang turut berada dalam kenderaan berkenaan iaitu Ainon Nadiah Abdul Said, 8, dan Mohd Lokman, 3, cedera ringan manakala pembantu rumahnya yang cuma dikenali sebagai Ismawati, 18, seorang warga Indonesia terselamat.

Mereka menerima rawatan di QEH dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Suami mangsa yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini, tidak berada dalam kenderaan itu semasa kejadian.

Suami dia tu Kawan lama aku, Said Ambotang. Dia pernah bertugas sama dengan aku kat Politeknik KK, seingat aku dari tahun 2000 sampai 2005 bila dia bertukar ke UMS. Kami pernah sama sama buat lawatan Latihan Industri kat Tawau dulu.

Takziah pada beliau dan semoga tenang dan kuat untuk melalui dugaan ni.

Alfatihah.

Update : Image Dari Daily Express .
Full Story...

May 27, 2006

Lawak Sepol Apek

Hari tu time mandi pagi nak gi kerja dengar Sepol Apek buat lawak kat radio Era. Dia kasik macam teka teki:

"Apa beza Sekretari baik ngan sekretari kurang baik?"

Kebetulan ada kelas hari tu, ingat nak buat lawak la kat budak budak kat dalam kelas. Ulang balik soklan yang Sepol Apek kasi kat radio pagi tadi. Dah abis jer soklan dan dengan respon yang macam macam dari student, lastly terpaksa kasi jawapan yang sama ngan jawapan yang Sepol Apek tu kasi:

"
Sekretari baik; Dia cakap "Selamat Pagi Boss"
Sekretari kurang baik; Dia cakap " Boss! Boss! Dah pagi ni boss!!
"

Sorang student pun tak gelak!!

May 15, 2006

Rombongan Kak Ann Ke Labuan

Sorry guys lambat sikit log pasal Lawatan Ke Labuan ni.

Akceli dari last semester lagi dah propose nak gi Labuan. Start awal sem nampak Ann dah sibuk dengan paper work, contact sana sini, pastu tah berapa kali nak minta confirm exact date. Last last jadi jugak. Booking Coaster PKK pastu gi Labuan ikut Menumbuk naik feri.

First day, travel. Dari KK ke Menumbok pun dah dekat dua jam. Feri jalan pukul dua. Sejam setengah jugak kat dalam feri baru sampai Labuan. Dalam pukul 3.00pm gitu kot sampai. Ann jugak yang manage pasal hotel.

Petang tu Ajmain bawak pusing pusing satu Labuan, dengan Menara apa tah ni, pastu gi Taman Burung, pastu gi Pantai tu. Tak ingat nama la beb. Nanti update la sini.

Second day, SESB Patau Patau dan shopping untuk yang mana tak sempat nak beli cekelat malam tadi tu.

Feri balik ke Menumbok pukul satu setengah. Sampai sana dah pukul 4.00 gitu. Singgah kat Beufort makan sebelum proceed balik KK. Sampai KK dah malam dah.

Over all, happening. Next semester KJ suruh buat gi Tawau pulak.
Full Album

April 3, 2006

Kundasang


Saja bawak budak budak gi jalan jalan merasa kawasan sejuk. Tidur kat Kundasang satu malam. Book Kinabalu Pine Resort sehari sebelum tu. Nasib baik ada lagi bilik kosong, biasa kalau weekend camtu susah nak dapat bilik. Tu pun bilik kat bawah, view memang tak ngam langsung.

Satu yang tak best, nak makan agak jauh, terpaksa drive gi pekan Ranau nak makan.

Full Album

March 27, 2006

Ketam Dan Kelapa


On the way balik Tuaran beli ketam kat tepi Jalan Tuaran. Dari sebelum pergi KL tu hari lagi wife mintak nak makan ketam. Mengidam la tu kot. Abis tak sempat, lagipun ketam yang ada kat pasar macam tak best jer. Harga dia ok jugakla, RM15.00, ada dalam lapan ekor. Saiz dia boleh tahan jugak. Balik rumah terus dia cari resepi kat internet nak masak apa. Lastly dia masak "Ketam Masak Manis", resepi dia kat sini .


Sebelum sampai rumah ada lagi satu dia punya request, nak makan air kelapa muda pulak. Yang ni tak susah sebab belakang Politeknik KK, jalan ke Pantai Dalit tu ada jual kelapa bakar. Kelapa muda memang famous kat situ. So beli dua bijik, balik rumah bukak ambik air. Kesian, isi masih takder, nak jugak dia makan isi kelapa tu.

March 26, 2006

Tamu Tuaran


Balik dari KL semalam, kebanyakan barang kat rumah dah abis. Malam tadi dah bawak dia orang semua gi shopping dah, beli semua benda yang dah abis. Tu pun ada jugak lagi mender yang nak kena beli beli.

Pagi tadi pergi Tamu Tuaran nak beli barang barang basah. Rupanya kat tamu sini, yang paling banyak pun pakaian bundle. Berderet dari hujung ke hujung. Dah laa pukul 12.00 tengahari sampai situ, dengan panas khemah bundle tu, punya laa meruwap. Sekali bawak Syafique ngan Faeiz gi pusing pusing kat situ, terus masuk pasar beli ikan, sayur apa semua.

Sampai kat kereta dua dua mintak beli air.

March 25, 2006

Aircraft Maintenance #2


Dari awal Januari lagi Che' Mie dah call Nizam kasi tau bulan ni ada second meeting untuk prepare Sylibus course Aircraft maintenance tu. Surat dia sampai last week, siap ngan sijil untuk first meeting dulu. Belakang dia ada surat panggil meeting.

Kali ni dia buat kat Dynasty Hotel KL. Start dari 20 Mac - 24 Mac 2006.

Flight kami pukul 11.15 dari KK, sampai sana dalam pukul 1.00 gitu, pastu ada kawan Nizam fetch dari KLIA ke Dynasty Hotel. Macam biasa kami orang terawal yang sampai even masa tu dah pukul 3.00pm dah. Check in dan kena bilik tingkat 21, bilik 2181.

Tiga hari kat situ, sambung balik buat kerja yang dulu. Cam biasa taip sylibus sampai siap. Kali ni orang dia ramai sikit, kalau dulu 12 orang jer, kali ni ada 24 orang, sepatutnya la. Ada geng yang dulu dah ikut course aircraft instructor kat MAS, Subang, so dia orang tak datang la. Dah 6 orang dah yang ikut course tu. Tough jugak.

Dah siap dokumen tu semua, next month Che'Mie nak bawak gi present kat panel kat KK untuk diluluskan, pastu sign MoU ngan MAS untuk proceed ke next level. Mungkin next level tu buat pembelian inventory kot. Kena buat spec la pulak tu.

Balik KK semula sensorang dengan LRT dari stesen Titiwangsa gi ke Chan Sow Lin, dari situ ambik bas ke KLIA, Airport Coach dengan tambang RM10. Time tu dah terasa sakit kepala sebab semalam nyer tu makan lala kat hotel, kolestrol tinggi kot. Sabar jer kat atas bas. Sampai KLIA beli panadol, makan, time kat atas flight tu dah ok balik dah.

Sampai KK dah pukul 5.30 pm. Wife gi ambik kat airport.

Adik Baby

First time gi scan adik baby kat Klinik Mutiara. Masa ni tak nampak lagi laki ker pompuan. Tapi dah nampak jantung dia bergerak.

Masa ni umur dia kat dalam perut ibu ialah 12 minggu 1 hari.

March 18, 2006

Kayak


Salah satu game yang akan dibuat kat X Game Dungun nanti ialah Kayak. Politeknik KK dah beli kayak double 15 biji. Hari Rabu lepas Aswadi dah bawak geng geng dia gi try kat Tanjung Lipat. Nak survey tempat kot. Sebelum tu dah call Isa Jabatan Belia tanya kat situ boleh main kayak ke tak. Ok jer dia cakap.

Hari ni Aswadi bawak student untuk klinik kat situ. Pemilihan untuk dibawak ke Dungun nanti pun buat terus kat situ. Dia nak pilih dua lelaki dua pompuan.

Syok pulak tengok dia orang berkayak. Tapi macam biasa laa, tak turun air pun.

March 13, 2006

My PHP Site


Sejak dulu lagi teringin nak belajar buat site pakai PHP. At last dapat juga study sikit camana dia punya cara.
Agak best php ni sebab banyak mender yang dah di kasi simplified. Gabung gabung banyak html file dalam satu page. Tak banyak lagi yang tau. Banyak lagi yang kena belajar. Database connection takleh buat lagi.

Kalau nak tengok, click kat sini.

Page ni lambat nak load, mungkin sebab banyak sangat pakai "include", tu sebab slow sangat. Host dia ni jugak banyak mender tak support. RSS pun macam tak menjadi jer. Try kat localhost ok jer.

March 10, 2006

X Game Politeknik Dungun

Ini sebenarnya directory kat Taman Tun Fuad
(Blur sebab pakai handset)

Awal semester lepas dapat surat jemputan dari Politeknik Dungun yang organise satu X game kat sana on next June, dalam cuti semester la tu. Kalau ikut kat situ ada lapan game yang dia buat:
1. Kayak
2. Wall Climbing
3. Memanah
4. Obstacle track
5. Cabaran Bukit Bauk
6. BMX
7. Skate Board
8. Sukan Berkuda

So, last week buat paper work kasik kat pengarah. At last, cuma empat game jer yang dikasik join. Kayak,obstacle track, cabaran Bukit Bauk dan memanah.

Hari ni, sama dengan Aswadi, ngan Hainani dan Mila gi tengok tempat untuk train student kat Taman Tun Fuad, Penampang. Tercungap cungap jugak nak survey track kat situ. Itu pun tak sampai atas puncak bukit tu. Mila ngan Nani jer yang bertahan sampai atas.

March 6, 2006

My New Website


Mungkin sebab banyak masa yang free kot lately ni. Dapat satu buku ni, pasal macam mana nak promote adsense kat website. Agak menarik dan macam boleh ikut jugak laa.

So last three days, develop website ni, pakai Dreamweaver dengan ASP. One thing yang susah nak pikir ialah pasal content for the site. So, cara dia, ambik satu magazine, cedok content kat dalam tu, pastu search for RSS content dari mana mana site, jadi dia akan nampak interactive, nampak macam update selalu.

Nak masukkan RSS feed ke site pun perlu pandai coding jugak. Aku pakai RSS2html for asp untuk kerja ni. Masukkan coding tu kat script then keluar laa feed dia. Well try laa surf kat site tu. Ini kira pilot project la. Tah apa apa jer content.

Nama site ni Senangbizz Digital Gadget.
Click kat sini untuk surf.

Happy surfing.

February 26, 2006

Hutan Simpan Kawang


Dah lama tak keluar pergi berkelah dengan family. Tak bawak Syafique ngan Faeiz pergi satu tempat, bawak bekal pastu ber leisure. HAri ni kena gi hantar barang kat rumah kak Ani, kakak wife aku. Lepas tu suruh dia call adik dia, Atai, kat IKBN,Kinarut tanya dia kiat mana Hutan Kawang. Agak bernasib baik sebab dia pun memang plan nak pergi ke sana hari ni. Bersama ngan kawan kawan husband dia yang kijer kat IKBN. So, conform jer laa untuk terus ke sana.

Disebabkan dari rumah tadi tak prepare nak gi picnic, so apa apa pun tak bawak la. Terpaksa pergi shopping dulu kat BESTMART, Putatan. Beli baju mandi Syafique, Faeiz ngan ayah dia ni. Beli towell dan segala nyer tu. Lagi makanan ngan minuman lagi.

Sampai kat rumah Atai dah pukul 12.00 lebih dah. Dia orang pun baru abis prepare nak jalan. Siap ngan bawak nasik ngan lauk siap. Kira memang fully prepared la nak gi picnic.

Sampai kat Hutan Kawang, Kinarut tu pada masa yang dah sesuai untuk lunch. Dia orang buka tikar, prepare ngan makanan segala. Aku bawak Faeiz ngan Syafique turun sungai mandi.

Tempat dia memang laa tak gempak sangat, tapi yang best sebab ada orang yang jaga. jabatan Perhutanan Daerah Kota Kinabalu. So, nampak terjaga la. Ada chalet dan beberapa kemudahan asas yang lain macam tandas ngan pondok yang disediakan. Pastu takder anjing.

Sungai dia kecik jer. Kalau kat kampung kat Kelantan tu, lebih kurang sama ngan jeram kat dalam kebun getah ayah aku jer. Tapi dah tempat orang jaga dan ada kemudahan cenggitu, nampak best la. Nama dia kalau ikut kat pamplet yang dikasik tu Pusat Sejadi Hutan Kawang.

Lepas mandikan Syafique ngan Faeiz yang macam biasa akan menangis bila kat dalam air, kami naik untuk makan, pastu turun lagi sekali untuk mandi second round. Kali ni dia orang mandi ikut makcik Atai dia orang pulak.

Jam dua lebih gitu baru balik ke KK balik.

February 15, 2006

Parking di H.Q.E

" Tidak Dibenarkan Parking Di sini
Kecuali Staff HQE Sahaja
Faham. T.Q"

Dua hari lepas mertua masuk hospital kat Queen Elizabeth (HQE). Seja hari tu wife selalu hantar makanan kat bapa dia kat sana, especially untuk makan tengahari. Hari ni dia minta tolong hantar dia untuk bawak makanan kat sana sebab problem dengan parking.

Memang confirm kat sana payah parking. Dia punya public parking nun sejauh dekat 800 meter dari hospital, kena naik bukit lagi, pastu ward yang mertua aku duduk tu jauh ketengah lagi, total up semua mau dekat 1.3KM kena jalan.

So, untuk memudahkan cara, aku just hantar dia untuk bawak naik makanan tu dan tak parking. Ada satu area taman kat bawah bangunan ward tu, so pusing pusing jer kat situ sampai wife turun balik. Mau dekat 15 kali pusing taman tu. Bukan nyer besar sangat, macam round about jer. Situ pun ada parking tapi semua untuk staff HQE jer. As mention by this sign board.

February 14, 2006

Saman

Semalam wife bawak balik surat tiga keping surat saman. Surat tu dihantar ke kedai dia sebab alamat loan Gen-2 tu kat kedai dia. Tiga saman tu. Semua pasal speed trap. Matila.


Pagi tadi gi check kat rilek.com, memang confirm la. Table kat atas tu dari rilek.com. Semua pun pasal speeding.

Baik korang check saman korang.

February 13, 2006

Kill The Time


Semalam gi mancing lagi. Tempat yang sama. Tapi semalam pakai umpan umpun-umpun, beli kat Sembulan. Punya la mahal sekarang menatang tu, sepulh ringgit setompok, mintak ngan dia beli beli separuh jer, lima ringgit.

Sampai kat tempat mancing tu nampak kereta dah penuh. Tah laa dia orang ni, samada orang yang biasa datang situ atau orang yang baru nak try kat tempat tu. Kalau orang yang biasa dah ngan tempat tu takkan dia tak tahu tempat tu mana ada ikan, pastu batu banyak pulak tu. Lain laa kalau aku yang gi mancing tu cuma nak kill the time jer.

Sampai tu dalam pukul 11.30 am dah. Masa tu air surut kot. Tunggu situ sampai pukul 2.30pm dapat la jugak tiga ekor ikan yang tah apa apa species cam dulu tu. Gambar kat sebelah tu ikan yang berjaya dipancing la tu. Dahla pakai umpan cacing tu yang cukup senang tercabut, kalau campak tu for sure bila angkat balik memang dah tercabut dah umpan. Mana dengan sangkut kat batu lagi.

Memang betul laa, mancing ni salah satu cara nak menguji kesabaran kita.

February 11, 2006

Playlist


Well, last week try to include this cool add-in kat left side of my blog. Menjadi dan nampak best pulak. Mean, lagi banyak masa pakai untuk tengok video tu kat blog ni. Last two days, try nak ubah playlist tapi tak menjadi, mungkin server problem kot, coding macam tak menjadik.
Hari ni try lagi sekali dengan playlist yang sama, menjadi pulak.

The Playlist:

01. All Star (by Smash Mouth)
02. Cold (by Crossfade)
03. Collide (by Howie Day)
04. Hand In My Pocket (by Alanis Morissette)
05. Here Without You (by 3 Doors Down)
06. Iris (by Goo Goo Dolls)
07. Look What You've Done (by Jet)
08. Meant To Live (by Switchfoot)
09. Push (by Matchbox Twenty)
10. Someday (by Nickelback)
11. The First Cut Is The Deepest (by Sheryl Crow)
12. The Reason (by Hoobastank)
13. This Love (by Maroon 5)

Lagu ni dilistkan sama dengan lagu yang aku burn kat CD last year untuk pakai kat dalam kereta. Old School Rock

Playlist ni ada kat sini
Enjoy!!

February 9, 2006

Mengidam Pizza


Dua hari lepas wife aku ajak gi makan pizza, tapi tak layan. Malam tadi bawak dia orang gi makan pizza.

Tiga hari lepas wife aku pergi jumpa doctor sebab dia batuk batuk, nak ambik ubat. Balik tu dia bagitau dah nam minggu pregnant. Hihi...tambah lagi satu laa ni. Kalau dah nam minggu, meaning bulan sebelas laa kot dapat adik si Faeiz.

So malam tadi kasik dia makan pizza, mengidam laa kot tu.
Kalau Uchop baca ni sure dia tergelak. Masa keluar dengan dia hari tu confident jer cakap tunggu dulu, kasik Faeiz ngan Syafique besar sikit lagi.

Dah rezeki nak buat macam mana. LOL.

February 7, 2006

Anjing


Aku dibesarkan dikampung dengan culture yang menganggap anjing adalah binatang yang tak boleh nak bagi muka. Masa kecik kecik dulu anjing tak ramai kat kampung, so kalau ada anjing yang tersesat sekor dua masuk kampung, memang pendek umur dia.

Bila awal awal masuk ke Politeknik ni dulu tahun 2002, anjing memang dah ramai dibiakkan kat sini oleh orang filipin yang kerja buat Politeknik ni. Dia punya keturunan anjing tu memang sampai sekarang ada kat sini. Lagi pula species menatang ni memang cepat biak. Jadi banyakla anjing yang sentiasa berkeliaran kat kawasan politeknik ni. Kat mana mana jer ada anjing.

Pernah satu masa ada sekor anjing ni pergi buat port kat depan pintu rumah aku. Firstly mungkin dia sakit, so selalu tidur kat depan pintu rumah aku. Habis cara untuk halau dia, dengan batu, dengan kayu, dengan mulut semua tak pakai. Balik jer ada kat rumah. Sampai ada sekali dah masuk dalam area rumah. Sakit nyer hati bukan main. Pukul anjing tu dengan batu sampai terkencing kencing kat dalam rumah. Dah satu lagi masalah nak kena samak. Setelah dekat dua bulan lebih anjing tu kat situ, last last lari jugak. Itupun sebab ada satu lagi geng anjing lain yang lebih berkuasa kat situ halau dia. Kalau tak rasa nya sampai sekarang rumah aku tu jadi port dia.

Dah banyak kali ada operasi tangkap anjing dibuat kat area ni. Tapi tu la, tak habis habis jugak. Last week rasa nya ada lagi bunyi anjing kena tembak. Dah kurang dah sikit sekarang ni. Tengok laa dua tiga minggu lagi ada la lagi yang keluar bawak anak kecik lima nam ekor lagi. Nak tunggu next operasi semua anak kecik tu dah besar dan terus biak.

Dalam banyak banyak anjing dan banyak banyak orang yang tinggal kat sini yang tak bagi muka kat anjing tu, ada jugak golongan orang yang melindungi anjing anjing tu. Orang melayu yang
beragama islam lagi tu. Siap kasik makan dan masuk dalam rumah. Sampai tahap time orang buat operasi, siap sound orang yang buat operasi tu supaya jangan tangkap anjing. Ada jugak yang hidup bersama anjing.

Mungkin aku dilahirkan dalam budaya yang tersalah anggap tentang anjing.

February 3, 2006

Uchop Accident

Dua hari lepas dapat sms dari Uchop "check ur email". Esok nyer tu try check email kat gmail, takder pulak mail dari dia. Malam tadi dia call, cakap dia eksiden. Terkejut jugak, ingatkan time tu tuh dia tengah kat tempat eksiden, rupa rupanya dua hari lepas time dia sms tu.

Kereta dia lompat divider gi duduk kat tengah tengah round about kat jalan Tuaran sana. Time tu hujan dia cakap, tayar belakang lari, tetiba dah ada kat tengah tengah round about. Dia takder apa apa, tapi kereta kena tarik pakai tow car laa jugak dia cakap.

Dia email gambar eksiden rupanya. So kat bawah ni gambar pada masa kejadian laa kot. Enjoy! hihih.








R.O.C.K


Dua minggu lepas wife aku ada beli CD Rock Mamat khalid tu. Tah macam mana, apa hantu dia tah, dua hari sekali mesti tengok citer tu. Best giler. Tah ler, mungkin citer ni dibuat untuk orang yang remaja dia dalam era Rock dulu tu. Tahun 1985 sampai tahun 1992 tu kira time remaja aku la tu.

Bila citer ni di bikin, memang boleh buat kita recall balik semua mender time tu. Dressing dia, style cakap dia, tapi citer ni tak pulak cakap lu gua eek. Yang best, mana dia boleh dapat T-shirt Loudness, DIO, Search yang dulu dulu tu semua. Siap ngan poster Twisted Sister, Whitesnake pun ada. Kalau ada jual kat mana mana sure aku beli lagi tu.

Last week time keluar ngan Uchop gi AGEL tu, dia pun cakap ada beli citer ni jugak. Tergelak ngan dia atas kereta bila recall balik citer tu pastu compare dengan apa yang kami buat time tu. Masa tu kat ITM, Rock jugak laa. Memang ada pakai seluar dengan plastik baru boleh masuk. Tak caya tanya Smokey. Smokey...komen please.

Anak aku Syafique sampai boleh hafal dah lagu Dari Sinar Mata, BPR tu. Ada cd tu kat dalam kereta, kalau dah start pasang takleh tukar, lagu tu dari start naik kereta sampai turun kereta. Semalam wife aku beli gitar plastik mainan, balik rumah terus pasang lagi sekali citer ROCK. Jadi rock sekejap kat atas katil.

What a good old time huh!

January 29, 2006

Mandi Sungai


Dah lama tak bawak Syafique ngan Faeiz gi jenjalan. Pagi tadi tetiba jer ajak dia orang gi Kiulu. Mandi sungai. Macam biasa laa dia orang, "mandi pantai". Dengan takder prepare apa apa, Syafique gi ambik baju ngan seluar mandi untuk dia ngan Faeiz. masuk beg sekolah dia dulu, letak belakang, terus jalan. Faeiz pun dengan takder mender yang nak dibawa, pikul beg juga jalan.

Sampai Kiulu dah dalam pukul 11.30 kot. Panas dah. Syafique, jugak macam biasa, takut nak turun, malas turun dia mula mula. Bawak adik faeiz turun, bukak seluar gi mandi. Sekejap Syafique turun sensorang dengan jaket dengan seluar jeans, kena halau naik atas balik. Sekejap turun balik dengan bogel sepenuhnya.

Cam biasa kalau dalam air dua dua memang penakut. Dua dua tak leh nak lepas dari atas riba. Kalau terlepas terus menjerit, satu kampung boleh dengar. Main pun gitu gitu jer. Tah macam mana nak kasik water confidence.

Naik balik kat atas, orang dah mula ramai. Ada gang lain dah rampas kuasa pondok kami. Salin pakaian, duduk kejap pastu balik.