I used to be so big and strong, I used to know my right from wrong, I used to never be afraid, I used to be somebody.
February 6, 2007
Meeting
Aku attend satu meeting yang memboringkan.
Boss boss pun ada yang attend meeting yang memboringkan tu.
Pengerusi meeting adalah boss yang paling besar.
Sesekali Pengerusi akan ajukan soklan pada orang orang tertentu bila ada isu yang berkaitan. Tapi sesekali jer, pengerusi lebih kepada menerangkan agenda yang terdapat dalam surat panggil meeting tu. Keputusan dah ada. Jadi tak ramai yang konsetret sangat pada apa yang pengerusi mesyuaratkan.
Ada dua orang boss. Duduk sebelah sebelah. Dua dua pegang henset dan menekan nekan butang pada henset masing masing. Tanggapan awal aku, mungkin dua dua memang orang penting dan banyak urusan yang perlu disetelkan. Walaupun time meeting cenggitu anak buah masih mencari cari untuk tanya itu ini.
Seketika kemudian, Boss yang pertama mengusha usha pada henset boss yang kedua. Macam excited. Tanggapan aku, mungkin henset boss yang kedua lebih canggih dari henset boss yang pertama, jadi boss yang pertama menunjukan kekagumannya.
Bila meeting habis, macam biasa ada jamuan teh dengan karipap sama kuih lapis. Macam tergerak hati aku untuk mendekati boss yang dua orang tu.
Aku : Ada henset baru ker, nampak macam ada orang kagum jer tadi.
Boss kedua: Takder la. Lama dah.
Aku : Abis tadi, nampak macam belek belek henpon ngan Boss pertama ni.
Boss pertama : Hahah.. aku hantar mesej kat dia, tanya hari ni giliran sapa ambik anak sekolah.
Aku : Hahah.. duduk sebelah sebelah pun main sms jugak eek.
Boss kedua : Masa meeting mana boleh cakap. Nanti boss besar tanya soklan.
Kami tiga orang gelak, sambil mengunyah karipap.
Teknologi memudahkan kita untuk tidak mengikut hukum hukum budaya yang sedia ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
hah...peninggal jejak pertama ker???
pB pun gitu gak, kdg kdg bila boring, hantar sms pada kawan depan mata jer...meeting mana boleh cakap cakap...
tu la sebab aku tak sokong budak sekolah bawak hanpon kat kelas!!!
Itulah meeting namanya...
Handphone staf aku lagi canggih dari hp aku.. huh...
saya belum teruja nak memicit2 henpon apabila berada dalam meeting tapi kalau menconteng2 dan melukis2 pada buku nota itu mungkin agak biasa.. hehe :D
wei!! lama betul nunggu kau update nie
PB,
Aku belum buat lagi. Pasni nanti boleh buat la ni.
debik,
Aku pun tak sokong, sebab student aku nyer henset lebih canggih dari aku.
BP,
Biasa tu. Tak yah nak dengki dah.
sikenit,
Apa yang ko contengkan kenit, muka pengerusi tu ker, yg macam selalu selalu nampak dalam tv tu?
KingBinjai,
Mulai hari ni aku berjanji untuk selalu update blog saya.
big boss tak nampak ke tangan dorang tu tak dok diam?
hahaha.. aku pun selalu buat gak.. tapi takdelah sms member dalam meeting jugak.... sebab aku selalu meeting dgn orang yang aku tak suka haha
hehehe, Am pun tertipu juga tapi rasanya seumur hidup Am tak pernah buat lagi, kalau satu dewan tu pernahlah tapi selang sorang belum lagi, akan dicuma diwaktu yang akan datang
daripada org bercakap2 sewaktu meeting, cara nie kira ok ckit la..biasela dlam meeting ada meeting
hahaha...
Bila aku nak tukar HP baru pun tak tau....
ha! mcm bos kita la... samala tuh!
FAKTA CIKGU AZLAN:
barang siapa yang senantiasa melayari internet setiap hari tetapi tidak menggunakan untuk kebaikan dan keuntungan...adalah SENANTIASA DLM KERUGIAN..
sila layari :
http://www.abfund.biz
invest melalui internet. Kebiasaannya org2 kaya je yang melabur di luar negara. Kini golongan marhain mcm kita pun boleh dgn adanya kemudahan ict...
ataupun layari :
http://azlanlin.blogspot.com
azlanlin
019-7779327
azlanlinn@yahoo.com
skrng 3G pula..
dah lama dah tak mengsms dlm meeting nih... syok o....
ku kalau bosan ngt masa meeting, saje ku bunyikan ringtone hphone aku, cakap "excuse me", pastuh keluar seolah-olah ada call hehe.
tp klu big boss ada tak berani ar hehe.
Post a Comment