August 14, 2006

Sayang


Satu petang tiga hari lepas ada mender masuk dalam mata Syafique. Tak tau apa. Orang nak tengok dia tak kasik. Menjerit jerit sambil gosok gosok mata. Puas dipaksa nak tengok dia tak bagi. Tutup mata dia ngan tangan, sampailah dia tertidur. Malam tu ibu dia tengok time dia tidur, tak nampak apa apa pun.

Esoknya bila bangun pagi, Syafique masih lagi tutup mata dia ngan tangan. Ibu dia cakap sesajer la tu nak mengada. Padahal bukan ada apa apa pun. Satu hari hari tu dia tutup mata ngan tangan, kalau lepas jer tangan dari mata sebelah kiri tu, dia akan pejam dua dua mata. Terdetik jugak kat hati, betul ker takder apa apa.

Kelmarin, bangun pagi dia masih jugak tutup mata dia ngan tangan. Disebabkan sakit hati nengok, sebab dah tegur banyak kali suruh dia bukak mata tapi degil jugak, aku pegang tangan dia paksa supaya tak tutup mata. Dipejamnyer rapat rapat mata dia. Paksa paksa pun tak nak buka mata. Dah tak tahan sangat, semua satu badan Syafique kena pukul dan kena cubit. Tak kira yang kena tengking lagi. Apa lagi meraung la dia, satu kampung dengar.

Last last dah tak tahan kena pukul, dia pun bukak mata (macam citer melayu dulu dulu yang kalau orang baru habis operate mata, pastu first time doktor nak bukak tu). Baru di kasi aku tengok. Rupa-rupanya ada satu macam lebam dah kat dalam mata dia sebelah bawah, kat mata putih. Patutla menangis sangat. Tapi bila disuruh buka tu, takder apa apa pulak. Tak sakit pun.

Rupanya ini la orang tua cakap, sayangkan anak lempang lempangkan. Kalau tak kena lempang, mana dia nak bukak mata tu. Sampai bila pun aku ingat dia sengaja tutup mata.

Nasib baik ayah aku selalu lempang lempang aku masa kecik kecik dulu kalau tak gi sekolah, kalau tak mungkin aku salahkan dia kerana tak jaga persekolahan aku. Sayang dia kat aku rupanya.



E-book Download
1. PowerPoint Advanced Presentation Techniques
2. Google Adsense Secrets (2nd edition)
* Give me a credit by clicking the ads. Thank You.

20 comments:

NONIE AZIZ said...

kesudahannya apa kena ngan mata dia?

debikdebuk said...

Itu la kasih seorang bapa. Kalau aku xikut cakap dia dan kalau la dia tak garang masa aku kecik2 dulu..aku taktau la apa akan jadi pada aku sekarang. Aku bersyukur sangat2 dan aku amat sayangkan abah aku.

Nieys Zahri said...

maksud yang disampaikan dengan cara yang berbeza.. haha..

ZaKiN said...

hehehe..Lempang anak tue tanda sayang..!! Boleh guna pakai tue.. Kalo lempang bini musti tanda bencikan.. ekekke

ontahsapo said...

abis apa kena dgn mata dia tu...?

Anonymous said...

hahah... lebih kurang dgn perangai anak saya.. tapi bukan mata.. tangan..
punyalah risau kita dibuatnya.. dok pegang sebelah tangan dgn tangan yg satu lagi.. tgn sakit jatuh masa main dgn adiknya.. waktu mlm.. nak gi klinik..klinik dah tutup.. at last mlm tu dia terlena juga. Bangun esoknya, dok pegang tangan dia lagi.. sambil nangis kata sakit.. Risau jugalah takut tangan dia patah.. pastu ntah macam mana mai idea ni.. bawa keluar mainan baru( bukan baru cuma disorok.. so lama dia tak main).. apa lagi nampak mainan tu.. hilang terus rasa sakitnya.. terus tak nangis..

tumismenumis said...

MR,
Ingat nak bawa gi klinik petang tu, tapi lihat balik dah hilang dah yg lebam tu. Sihat walafiat dah sampai sekarang. Masuk sampah kot.

debik,
Ayah kita boss.

nieys,
dapat ker maksud yg tersirat. hihi.

Maniq,
Sayangilah bini kita.

OS,
Ingat nak bawa gi klinik petang tu, tapi lihat balik dah hilang dah yg lebam tu. Sihat walafiat dah sampai sekarang. Masuk sampah kot.

me!,
Mungkin juga mengada nak suh lempang, lama sangat tak berkasih sayang.

Yani,
Lebih kurang sama jer perangai anak anak ni eek.

Anonymous said...

comelnyerrrrrr syafiq nii!! comey..comey..

Titicaca said...

adakah pepatah sekarang patut ditukar " sayangkan anak lempang-lempangkan"??? hmm..kena rujuk karam singh ni..

Unknown said...

Bukan sayangkan anak tangan-tangankan ker?? Mcm ganas jer bunyi lempang-lempangkan tu..hehe. Kenapa sebenarmya dengan mata dia tu?? OOO baca jawapan en mazudi di atas, masuk abuk rupanya.

Salam kenal dari saya....

tumismenumis said...

dayah,
memang comel sebab ikut muka mak dia. Hihi.

titicaca,
Sudah tukar ker?

Yus,
Caner nak jawab ni, awak tanya pastu awak jawab sendiri. Jadi, saya?

Lan Rambai said...

memang godaan melempang budak2 ni melampau2 tingginya...

Akima Akatoman said...

teringat masa kecik,
tak pernah kena lempang, tapi pernah kenat tambat kat tiang letrik, dan penah kena tambat kat pokok pisang,

tumismenumis said...

Lan,
Melempang untuk berkasih sayang takper.

aki,
nakal jugak ko ni dulu dulu eek.

kingbinjai said...

tu, sorang budak yang menang anugerah tu nak kene lempang juga tu

tumismenumis said...

king,
Itu masalah nyer kalau masa kecik bapak dia tak lempang awal awal.

Aku Bukan Bidadari said...

Huh.. comelnya!! anak sapa lah tu? :)

WRA said...

hmmm...ayah akak tak de la pulak pukul2 masa kecit dulu...kesian pulak budak tu kena cubit2 satu badan....ada org kata kat akak, nak cubit lempang buleh tapi kena pasang niat tujuan dia nak mengajar atau utk kebaikan dia...hmmm...entah la

Anonymous said...

aku kena belajar melempang la camni..

tapi aku lom kawen..

takde anak..

saper aku nak lempang?

tumismenumis said...

tiara,
Si Syafique la tu. Nakalnyer kan main.

Alex,
Cubit cubit sayang jer.

neeziee,
Belajar la lempang semut ker, arnab ker. Muahaha.