August 8, 2006

Penilaian


Masuk opis lepas abis kelas tadi baca satu memo kat atas meja. Memo pasal interview dan penilaian budak yang habis practical.

A.

Kamal telah menajalani latihan industri di sebuah syarikat kepunyaan pak cik nya di bandar Tawau. Tempat praktikal dia dekat dengan rumahnya dan dia tiada masalah untuk hadir ke tempat latihan setiap hari.

Sewaktu buat lawatan, selepas bertanya dan menginterview pengurus syarikat tersebut, merangkap pakcik beliau tu, didapati beliau telah menjalani latihan dengan begitu cemerlang. Tidak ada masalah dengan kerja. Mengikut pemerhatian pensyarah itu juga pemakaian beliau juga cukup kemas pada hari lawatan tersebut, sedangkan syarikat tersebut adalah adalah sebuah bengkel mesin yang service enjin jentera berat.

Bila diminta untuk melihat buku catatan harian nya, beliau tertanya tanya kepada kerani kat pejabat. Namun begitu, buku itu cukup lengkap dan kemas sekali.

B.

Asrul telah menjalani latihan industri di satu kawasan perindustrian di Kolombong, Kota Kinabalu. Syarikat tempat beliau menjalani praktikal adalah satu syarikat multinasional dengan operasi utama adalah pemasangan badan kenderaan. Beliau berasal dari Sandakan dan tidak mempunyai saudara mara di KK, oleh itu beliau terpaksa menyewa satu rumah bersama pekerja kilang ditempatnya.

Sewaktu buat lawatan, selepas bertanya dan menginterview pengurus syarikat tersebut, yang bahasa melayu yang boleh diucapkannya hanyalah "ok". Didapati Asrul mendatangkan banyak masalah kepada syarikat, ini termasuklah dari segi kedatangan, kebolehan beliau serta pergaulan dengan rakan sekerja.

Bila diminta untuk berjumpa Asrul ditempat kerjanya, didapati pemakaiannya sungguh tidak menampakkan identiti seorang pelajar, dengan minyak enjin penuh dekat overall beliau. Pada masa pertemuan itu, beliau sedang melakukan kerja pemesinan menggunakan mesin larik.
Bila diminta untuk melihat buku catatan harian nya, didapati buku itu telah lusuh dengan minyak dan didalam nya penuh dengan sketching machine part.

C.

Penilaian dari syarikat ada ditangan aku sekarang dengan Kamal hampir mendapat full mark, sedangkan Asrul cuma cukup cukup makan, malah ada kriteria yang dia fail.

Soalan:
Bagaimana nak mendefinisikan "pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi" dari kedua dua pelajar ini.

9 comments:

Azhar Ahmad said...

Uhum mengikut kadar pemikiran saya masa ini. Kedua-duanya ada pro and kons

Kamal
Pro
- Banyak kemudahan yang diperolehi
- Dapat peng'ampu'an dari pakciknya
- Dekat dengan keluarga
- Kemas
- Buku laporan lengkap

Cons
- Itu bengkel pakciknya, tak mustahil kerjanya setiap hari menyiapkan buku laporan dan goyang kaki
- Jentera berat? Macammana baju tuh tak kotor.
- Tidak dapat memberi gambaran sebenar, apakah yang dilakukan sepanjang praktikal

Asrul
Pro
- Berhubungan baik dengan rakan sekerja, kalau tak camner bley dok rumah kongsi
- Skillnya bertambah, terbukti dengan pemerhatian
- Laporannya kreatif, diterjemahkan dalam bentuk lukisan

Cons
- Gagal berkomunikasi dengan baik dengan level tertinggi
- Buku laporan tidak siap
- Kekemasan fail
- Kebersihan fail

Hanya dua perkara sahaja yang Mazudi bley buat,
1. Lawatan mengejut
2. Penilaian rambang dari pemikiran

Keputusan di tangan anda.

Akhir sekali, saya ingin berkongsi dengan incik satu peringatan dari Rektor KUKTEM semasa ditemuduga sebagai pensyarah "Ingatlah, hari ini anda mendidik orang, itu satu amanah, esok lusa anda menilai orang, itu satu amanah, tulat anda akan berkhidmat untuk universiti, itu satu amanah. Jadi, jika amanah anda diabaikan, apakah nilai seseorang itu di mata thuan?"

Fikirkanlah.....

Aku Bukan Bidadari said...

Isk..kesiannya.. tak tahu sapa yang betul2 buat keja kan.. isk susah gak kan.. hmm tapi kalo tiara pilihhh..hehehe siapa yang paling ensem dan gagah perkasa..mueheheheee..

Lan Rambai said...

Aku ingat kerja aku paling susah kat dunia ni.. kerja ko nak menilai orang ni lagi susah ekk.. sebab memberi kesan pd masa depan orang yg dinilai. Sorry lah.. tak mampu nak menolong. Yg aku boleh cadangkan, ko viva dua-dua budak ni dan tengok betul ke tak dorang ni timba ilmu ke tak masa practical tu. Dan aku rasa.. kemungkinan besar si Kamal akan memanggil pakcik beliau utk tolong jawabkan hahaha

WRA said...

betul tu...kena interview dorangla...tapi kekadang, dorang pun boleh kelentong kan?
sib baik kat kolej ni tak de practical training...so tak yah penin2 pikir pasal benda ni semua...

tumismenumis said...

azhar, thanx 4 detail.

Memang ada pro & cons sbb situasi dia org berbeza, maksud saya ruang dan masa, Kamal berada kat ruang yg agak selesa pada masa dia dinilai, sedangkan Asrul berada pada ruang yg kurang selesa pada masa dia dinilai.

Tapi selepas ni, rasanya Asrul lebih berpengalaman untuk menyesuaikan diri dalam ruang yg kurang selesa berbanding Kamal dan berada dalam ruang yg selesa adalah kelebihan bagi beliau.

tak bias ker ni.

Tiara,.. ensem dan gagah adalah dua mender yg biasa bagi student aku.

Lan,.. kau ada kemahiran kau sendiri untuk kerja kau, bila letak aku kat kerja kau, rasanya kau kena jadi boss aku.

Alex,.. tu la, satu lagi penilaian yg kena buat adalah melalui interview untuk tahu pengalaman kerja dia orang berdasarkan teori yg diajar kat sini.

Romantis Selatan said...

Dalam kes Kamal, tidak dinafikan wujudnya bias atau kesan halo kerana adanya pertalian antara Kamal dengan pakciknya.

Dalam kes Kamal juga, saya tidak boleh begitu prejudis untuk melakukan penilaian, melainkan jika saya melakukan siasatan terhadap Kamal. Adakah Kamal yang menulis buku tersebut. Samakah tulisannya atau jika dicetak, adakah sama gaya bahasanya? Adakah Kamal boleh menerangkan, memberi penjelasan mengenai apa yang ditulisnya?

Apakah bahan bukti lain, rujukan yang digunakannya?

Mengenai kekemasan buku laporan, saya mungkin boleh bersangka baik, Kamal ada membuat catatan di kertas lain sebelum melengkapkannya semula di dalam buku laporan. Sistematik. Saya akan meminta Kamal menunjukkan kertas catatan awal tersebut. Kertas yang kotor.

Bajunya tidak kotor, mungkin dia mempunyai salinan lain (pak cik dia bagi banyak baju?) atau memang dia tidak melakukan apa-apa yang sepatutnya dilakukan. Maka uji kemahiran dia secara spontan. Boleh buat atau tidak. Amali.

Jika Kamal memenuhi tanggapan di atas, Kamal boleh diberikan gred yang bagus. Sebaliknya, dia harus dihukum!!!


Mengenai Asrul pula, nampaknya Asrul belajar melalui pengalaman. Asrul memiliki identiti sendiri.

Pengalaman, dari segi pengalaman kita kena minta Asrul dan Kamal membuat pengakuan, apa yang mereka tidak tahu sebelum itu? Apa yang mereka tahu selepas praktikal. Cuba minta mereka senaraikan, dan huraikan mengenai apa yang telah mereka pelajari (dari tidak tahu menjadi tahu) semasa praktikal itu.

Pengetahuan, pengetahuan melibatkan aspek kemahiran. Boleh minta Asrul dan Kamal membuat pembentangan mengenai praktikal mereka. Boleh jadi apa tindakan mereka untuk menyelesaikan masalah. Buah fikiran dan pendapat mereka.

tumismenumis said...

RS
Thanx, at least menyuntik idea utk nak interview dia orang.

blackpurple @ jowopinter said...

Sebagai majikan sebuah firma yang kecil, aku terlibat secara langsung dengan pemilihan staf aku.... Cuma bezanya aku dlm bidang landskap....

Dalam situasi di atas, agak susah membuat pilihan (kalaulah aku cuma diberi satu pilihan dari yg dua itu utk aku jadikan staf aku..........)

Spt kata AL, interview adalah salah satu cara membuat pilihan terbaik. Fokuskan pada soalan yang memerlukan kedua-duanya berfikir, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan....itu lebih penting dalam alam pekerjaan yg sebenar....selain kemahiran berkomunikasi....

tumismenumis said...

bp,

Thanx bro. Aku akan buat interview kat budak budak ni, dan pemerhatian aku adalah berdasarkan laporan yg dia org hasilkan bersama dengan log book dia org.

Terima kasih kat korang semua yang bagi response yg banyak membantu ni.