I used to be so big and strong, I used to know my right from wrong, I used to never be afraid, I used to be somebody.
August 21, 2006
Gurah
Ya, aku mengeja nya dalam Bahasa Melayu yang betul. Bukan Gubra. Gurah.
Tadi pergi pasar cari lauk. Nampak budak Filipin main guli kat kaki lima pasar. Korang kalau pergi pasar ikan KK, ini adalah senario biasa, kekadang bukan main guli, tapi main lambung duit syiling, satu jenis judi yang aku tak paham caner nak main. Duit syiling diaorang dapat dengan jual plastik kat orang ramai yg beli ikan kat pasar.
Gurah adalah sejenis permainan guli yang aku main kat kampung masa sekolah rendah. Guli dia bukan yg guli kecik yang ada kaler kaler kat dalam tu, tapi kaler putih. Saiz dia besar, dalam satu inci diameter.
Ada tiga lubang yg dibuat pada gelanggang untuk bertandingan ni. Dia punya target adalah untuk masukkan buah gurah tu sebanyak sembilan kali dalam lubang tu (tiga kali setiap lubang), sapa yg paling awal dapat sembilan point dia menang. Jadi kena halang orang lain dari cepat dapat point. Cara dia dengan pakah (tembak, jentik, pukul, whatsoever) gurah pihak lawan dengan gurah kita yg boleh membuatkan gurah pihak lawan berada jauh dari lubang yg ditarget. Ini memerlukan skill yang tinggi. Kalau nasib tak baik, gurah pihak lawan boleh pecah bila dipakah. Banyak lagi undang undang dia yg aku dah tak ingat.
Permainan peringkat amatur biasanya dibuat kat laman rumah PakSu Ya'akub dengan pemain pemainnya adalah dari peringkat sekolah rendah sampai tingkatan satu. Bila dah jadi juara kat sini, baru boleh main dengan geng pro yg biasanya dibuat kat depan rumah PakNik Deraman. Kalau amatur nak main kat gelanggang ni boleh jugak, tapi kena pagi pagi sebelum geng senior datang.
Dikatakan ada tiga kualiti buah gurah. Satu yang dibuat dari gandum, kedua dari kaca dan ketiga dari batu. Yang terbaik adalah yang dibuat dari batu. Untuk menguji kualiti buah gurah, masa kita beli kat kedai KakWan Jarah atau kedai Jah Wail atau kedai Lee Me Hin tu, kita digalakkan untuk menjilat buah gurah, jadi kita dapat tahu dari kualiti mana buah gurah tu.
Dari dalam kereta sambil tunggu bini gi beli ikan, aku lihat budak filipin tu main guli kat situ sampai habis. Dia punya undang undang dah lain. Permainan sekarang tak sama lagi ngan permainan pakcik dulu dulu. Pakcik main sebab masa tu TV ada siaran jam 5.00 petang. Syafique ngan Faeiz pula permainan dia ialah game kat CartoonNetwork. com
E-Book Download
1. Not Just a Living
2. Finding a Job on the Web
3. Total E-Mail Marketing
* Give me a credit by clicking the ads. Thank You.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
Gurah..?? 1st time dgr.. kalo main guli yang biasa tue tau la...ekkee
Gurah kalau jawa maknanya halau..
Contoh ayat..
"Zudi, gurah jago tepi kombong wi..." Kata atok sambil tersengih-sengih membaca majalah Ujang.
maniq,
Tu la, zaman kanak kanak aku zaman TV hitam putih, sekarang takder lagi orang jual buah gurah.
bp,
Ayat ni kalau translate bahse kelantan,
"Zudi, jogho gughah tepi kombong",
maksudnya: Zudi adalah juara permainan gurah ditepi rumah simpan padi.
aku terer main guli nie..maksud aku gurah tu la..tapi kitaorg lawan smpi guli tu pecah..
Huwargh huwargh huwargh. Best woo main guli neh. Takdela main sampai pecah. Tapi main 'tagang'. Ekekes.
blackpurple & mazudi;
orang kampung aku pulak kalau ayat "Zudi adalah juara permainan gurah ditepi rumah simpan padi" diterjemahkan jadi,
"Zudi singoy oi thong kai prap knang kap kap anee" (aku main2 je la ni)
dulu aku main kejar2, tembak2 kat padang sekolah...Sekarang budak main kejar2 kat dalam komputer...
anak aku pasti takkan kenal guli atau gurah ni.. sebab asal bangun jer suruh bukak tv... sikit tahun lagi suruh bukak pc lah kot...
kemat,
kalau main sampai pecah tu aku ingat itu team pro nyer mainan tu. Ko geng pro eek. Hihih.
Azhar,
Tagang?.. Judi tu.
Debik,
Orang siam ker ko?
Yer la, banyak game kejar kejar kat komputer sekarang. Yer ker?
Lan,
Sikit tahun lagi ada kot orang buat game gurah online.
kecik2 dulu suka main tikam getah..selalunya aku jadi towkey..
err korang sumer penah ke main tikam getah???
Tiara,
Ko juara main tikam getah kat kampung ko ker? Mesti banyak koleksi getah gelang ko kan.
PB,
Guroh untuk org jantan, dekchok utk org tino, main jual (pondok pondok) utk laki dan pompuan.
aku kalau pergi pasar KK ni beli udang, ikan, pack elok2, bawak balik KL...
ya! kesian budak budak sekarang, tak seseronok kita dulu.
mazudi;
heheheh...aku bukan orang siam la... aku suka tengok citer siam je.. nak pulak citer hantu siam..seram siot!!!
saya juga suke main guli dolu2.suke terjun sungai.panjat pokok terjun kt lubuk..klu skang suh wat, bg duit pn saya tak nak,ehe
wpun diriku budok tino masa tu.. selalu jugok main guroh bila dah masuk geng budok jate.. tapi tak sonok arr dorang ni suka main tipu.. bila keang balik zaman dulu2 kelakarlah pulok..
hahaha.. kelakarlah baco komen2 kat sini.. teringatlah pulok mainan zaman dulu2 tu
me!,
Moga moga mereka akan terus kekalkan kejuaraan mereka.
OS,
Aku selalu jugak wat cenggitu, bungkus dalam elok elok, kasik beku satu malam, esok ambik flight.
Kingbinjai,
Mereka mendefinisikan keseronokan dengan cara yg lain dah dari kita dulu.
debik,
aku suka lagu siam.
dayah,
mesti lasak ko ni time kecik kecik, sekarang dah bertukar jadik ayu eek.
yani,
semua orang nak kembali ke zaman kanak kanak dia laa.
Aku pertama kali dengar perkataan GURAH ni...macam best jer permainan ni...ko join sekali ker ngan budak filipin ni?hihihi
aku terer main guli. dulu.
best woo dulu2 main tutup oren, galah panjang, konda-kondi, rounders, lompat getah...balik umah musti hitam dan berkilat....best...best...
ooo..aku panggil guli pitek.
baru dengar istilah gurah.hehe.
hye there..i juz want ur help.. i have to do an assignment based on traditional malay games and my part is to do an article bout the 'lompat getah' game..it is a traditionla game rite?
i do not have such experience and i do not know the rules..hope u can help me out...
ada gaya masa nak pangkah buah guroh lawan....mmg rindu time tu
Post a Comment