August 19, 2006

Blushing


Salah satu kemudahan yang ada kat sistem intranet kat tempat aku ni ialah kalendar. Kalau macam nak plan meeting just masuk kat nama orang tu dan update la ajak dia meeting kat mana mana masa yang kosong, begitu juga sebaliknya. Memang jarang orang pakai sebab lagi senang telepon jer.

Kelmarin, disebabkan takder kijer, aku try la masuk. Kebetulan nak ajak group aku ni meeting untuk projek Kelab Kembara. Sesajer jer, padahal dah telepon pun. So, masuklah kat kalendar Cik Nurul ni, tulis kat kalendar tu pada hari Jumaat Meeting Kembara, jam 4.00 petang.

Lepas taip dan save tu, gi pulak godek blog kawan kawan. Tau jer la nak ngabiskan semua blog yg ada kat blogroll tu berejam jugak.

Habis layan blog kengkawan semua, godek balik kalendar tu. Teringat kat Syafique ngan Faeiz nak makan pizza pulak esok. Jadi tulis la kat situ, Sabtu, 8.00 malam, Pizza Hut. Godek godek lagi tengok apa yg best best. Lama pastu baru perasan yang kalendar aku tengah godek tu masih lagi kalendar Cik Nurul. Nak jadi cerita pulak, kita boleh tulis jer kat kalendar orang, takleh nak edit buang. So, adalah appointment aku ngan Syafique dan Faeiz kat kalendar Cik Nurul tu.

Pagi tadi, wife suruh pergi beli breakfast kat cafe. Jumpa la Cik Nurul tengah nak ambik mee jugak sama ngan aku.

"Petang ni jadi meeting eek?" Cik Nurul.
"Hmm". Aku
"Oo Mazudi... Nurul nak introduce, ini Eddie, bofren Nurul. Dah lama dah kami kenal, masa study dulu lagi. Nurul datang awal sini, dia baru bulan lepas ikut Nurul posting kat Sabah ni." Cik Nurul.
"Hi.., Mazudi". Aku, hulur tangan salam sama Eddie.

Blushing.
Tak selalu orang introduce bofren dia kat aku.

Jarang jarang orang buka kalendar tu, takkan la dia tengok kot.


E-Book Download
1. Professional Excel Development
2. Excel Workbook For Dummies
3. The Complete Idiot s Guide to Playing Guitar - 2nd Edition
* Give me a credit by clicking the ads. Thank You.

15 comments:

kingbinjai said...

kalau boipren dia nengok kalendar tu kira kantoi ke?

tumismenumis said...

Binjai,
Ha'aa kan. Kalau bofren dia tengok lagi la haru ni.

ZaKiN said...

Tak la cemburu rasanya... coz dah kenal kan..!!tapi ntah ler plak..

Anonymous said...

Ummm... tapi takpe la... Namun, kurasakan Cik Nurul nih mungkin wanita yang ada2. Ruhh yang excited! Ekekeks.

Soryy Incik Mazudi. Sibuk sket sejak akhir2 ni. Susah nak jalan!

Sastri said...

mungkin dia ingat yg Mazudi tulis kol 8 pizza hut tu, nak ajak dia kot? :p

blackpurple @ jowopinter said...

Zudi, apa kena mengena dengan gambar nenas pulak ni...jadi 'tersimpul' aku...

weAr said...

cmner plak klo suai knal ini tidak skrng tp berlaku kt pizza hut nnti?

Nieys Zahri said...

huhu.. aku masih confuse dari mula cerita sehinggalah ke gambar nenas tu.. adoiii... sakit pale otak.. hehe...

tumismenumis said...

Korang, situasi dia macam ni. Apa kata kalau korang dapat email dari seseorang yg berlainan jantina dan korang kenal, pastu isi dia Pizza Hut, 8.00 malam, Sabtu. Adakah itu korang anggap sebagai dia ajak date atau apa? Itu yg buat aku blushing bila dia perkenalkan bofren dia tu. Sebab aku rasa dia baca dan sebagai cara nak tolak pelawaan aku, dia introduce bofren laa.

maniq,
Takder la kot sbb semua org tau aku ada anak dua.

azhar,
Dunia semakin bz aa.

sastri,
Itu yg buat aku blushing.

bp,
Sajer nak wat korang konpius.

wear,
Sayangilah bini sendiri.

nieys,
Tak payah nak pikir pikir, baca jer.

Titicaca said...

baru aku paham selepas penjelasan ko...err..aku pun tak tau adakah nenas itu ada kaitan dgn cerita ko..hmmm...

Aku Bukan Bidadari said...

Nak komen pasal nanas..
ermm terliur air liur..sedapnya nenas sarawak kah itu? manis nya!!! sedapnya.. kat sini kalo nanas sarawak satu potong RM 1.50 tapi bila rasa masam..diaorang tipu!!!

WRA said...

oooo...gitu ke citernya...tp naper nak kena kenalkan boipren plak..apa salahnya cakap je terus terang....hehheee

ontahsapo said...

mesti dia ingat kau nak tackle dia... so awal2 lagi dia introduce dulu...

Lan Rambai said...

hahaha... aku baca sekali dah paham dah pasal si nurul tu.... tapi gambar nenas tu... ermmm... dekat 15 minit aku tenung tapi still tatau apa kaitannya!

tumismenumis said...

titicaca,
Gambar sekadar hiasan, tak ada kaitan dengan entri. Terima kasih.

tiara,
Yer kot. Nenas ni orang buat pameran hari tu. Manis kot. Kecur liur eeh.

alex,
Dia pun segan kat aku gak kot.

OS,
itu la pasal.

Lan,
Terima kasih kerana merenung gambar nenas yg takder kaitan langsung ngan si Nurul tu.