I used to be so big and strong, I used to know my right from wrong, I used to never be afraid, I used to be somebody.
August 3, 2006
Aplikasi
Kena masuk kelas Basic Computer tu lagi. Kali ni citer sikit pasal teknologi IT yang dah ada sekarang dan bagitau student yang teknologi ni cepat sangat develope, kadang kadang tak terkejar. Cerita pasal multimedia dan gadget gadget yang ada sekarang.
Bila aku mengajar benda yang macam ni aku selalu kena beranggapan yang student aku tak tahu pasal apa yang nak diajar, nanti senang untuk kita nak bagitau dia orang dari se simple simple fact sampaila ker yang agak komplikated sikit.
Dalam dok tengah syok bercakap tu, tetiba satu lagu berbunyi dengan nyaringnya dari handset sorang student. Lagu Tokyo Drift (Fast & Furious). Budak tu cepat cepat keluarkan henset dia tu dan tercari carik keypad utk rentikan bunyi tu. Hmm... henset mewah 3G yang boleh pusing pusing nak ambik gambar tu.
OK la. Sabar jer, teknologi kan.
Sambung lagi ngajor. Sentuh lagi pasal multimedia, cerita pasal mp3, movie dan segalanya yang boleh dapat kat internet. Macamana senang nyer orang sekarang nak dapatkan itu semua.
Tetiba sorang student bersuara, "Encik, saya kalau nak download underground nyer lagu saya pergi kat sini, ..[sambil menyebut nama website tu yang aku tak ambik perhatian sangat]. Saya punya player ni pun dah penuh ngan lagu yang download dari situ la." Sambil pegang kat earphone yang tergantung kat leher.
Ok la. Sabar jer, teknologi kan.
Sambung balik mengajar lagi, tetiba bunyik la ringtone "Mission Impossible" versi dulu dulu dari Nokia 3200 aku ni. Boss call.
Boss : Mazudi, ngajor ker?
Aku : Ha'aa la boss, dalam kelas ni.
Boss : Nanti datang opis ni, tolong copy lab sheet ni masuk cd. Tak pandai buat la.
Aku : Ok. Nanti abis kelas la.
Terlintas kat kepala otak aku, " Rasanya boss aku ni lebih layak untuk ikut subjek ni dari budak budak ni nih"
Sabar jer la, teknologi sekarang cepat sangat berubah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
kelakar betul dengan perbandingan seorang student, aplikasi teknologi dengan seorang boss...
kadang2 kita fikir budak yang muda pada kita lagi canggih teknologi dia daripada kita..
mungkin sebab mereka lahir dan hidup dalam zaman teknologi tu
ataupun sebenarnya manusia lebih teruja nak belajar tentang benda baru bila usia masih muda.. :)
ataupun.. sebab bila dah jadi boss, lagi senang suruh orang lain buat daripada buat sendiri.. hehehe...
*pilihlah mana satu yang lebih sesuai..
Kalau dia tak suruh orang buatkan.. bukan boss ahh namanya hahahah
Wakkaka..best sungguh entri nih. Kekadang bukan semua bos reti semua hal.. dok ngarah jak.. Wakkaaka.. Tapi ok la tue.. dia ngaku apa yg dia tak tau. Belajar daripd yang tahu..itu lebih baik!! saya pon budak baru belajar.. ekeke
nieys,.. time kita baru tau pasal satu teknologi, budak budak ni dah pakai pun teknologi tu.
Lan,.. Abis dia boss, semua perintah kena buat.
Maniq,.. dia tetap boss aku.
selalunya, yg bernama boss memang tak pernah tahu apa2...
Wakakaka. Samala di universiti saya nih. Ada lecturer fak sc comp tak reti guna power point. Teknologi katakan! Sori, sibuk semenjak 2 menjak nih. Tak sempat jalan2 blog!
Kenapa ko tak ajar diorg wat blog? Ha ha biar penat skit pemantau blog.
klo bos tu baca entry ni.aper jadi??tl
sumer lelaki jer ke.dlam kelas tuh heheheee
OS - Banyak jugak mender boss tau, boss tau cek punch card, tau buat miting, dan seumpamaya.
azhar - tu la, tak terkejar sebenarnya dengan teknologi terkini ni.
singa - dah ramai dah student aku yg ada blog ni. Harap harap aku tak terkantol.
wear - boss tu tak pasang internet kat opis dia, dia takut virus. hihi.
Tiara - ha'aa la, sorang jer pompuan, kelas mekanikal memang camtu.
Apa nak pelik, budak2 darjah satu pun sekarang dah ada hp....
Teknologi 'lari pecut', kita pulak 'lari2 anak'...memang tak larat nak kejor....!
orang yang berumur 35 tahun kebawah.. rasanya la diorang hidup dalam zaman teknologi sebab tu apa2 berlaku pon diorang kene seiring dengan teknologi..
untok orang yang dah lanjut usia (mungkin) diorang berfikiran bahawa teknologi tu didepan diorang.. so diorang juz let go benda tu since they think they dont need that.
sometime, kita boleh je berfikir cam diorang tapi kita akan rasa tak selesa bila rakan2 kita jaoh kehadapan..
(MUNKIN)
suruh BOSS ko masuk class ko skali nanti...ahaks!!!
bp, .. tu sebab cikgu larang murid bawak henset ke sekolah, sebab murid nyer henset lebih berteknologi dari cikgu.
lediagli, .. sib baik aku baru masuk 35 tahun.
rontol, .. akan sampai satu masa ko rasa ko dah tak larat nak ikut perkembangan.
cuaca, .. aku buat kelas untuk dia kat opis dia.
Post a Comment