July 25, 2006

Matematik


Hari ni start Program Intensif Matematik untuk pelajar baru semester satu. Bergegas datang ofis pagi pagi tadi nak bagi nota kat lecturer untuk edar kat student. Program ni bertujuan untuk pengukuhan matematik dia orang. Apa yang diajar adalah modul modul yang simple peringkat sekolah menengah dulu.

Selepas pukul 10.00 tadi sorang lecturer masuk bilik aku dalam keadaan yang tensen dan nak smoking.

Lecturer : Teruk la. Dari mana dia orang ni datang tah. Sapa cikgu dia tak tau.
Aku : Kenapa?
Lecturer : Nak kira campur nombor pecahan pun takleh. Tu tak masuk lagi tolak ngan darab.
Aku : hiyaa...abis macam mana nak belajar math untuk engineering ni?
Lecturer: Esok esok kau tengok la, nak tukar titik perpuluhan pun tak pandai tu.
Aku : Mati laa.

Sapa yang salah dan sapa yang jadik mangsa.
Dari 50 student dalam satu kursus tu cuma ada kurang dari 10 orang yang mathematic SPM dia dapat 5 kebawah. Yang lain 7 ngan 8. Disebabkan nak memperbanyakkan kemasukan pelajar, ini jadi dia. Mungkin juga passing mark time SPM dulu diturunkan graf dia. Tak tau la.

Satu masa nanti bila budak budak ni graduate, ada ker orang nak ambik pekerja yang bila ditanya (1/4 + 1/2) kena cari calculator dulu baru boleh bagi jawapan.

Mati laa.

8 comments:

Pandang Dengar Diam said...

hehehe....kesian....but klu ada skills dan usaha lebih sket sure boleh.Aku pun mcm tu jugak dulu..kasi jer dia orang uat latihan banyak2....

weAr said...

urm..math nk terror latihan jer.tp klo da kasi latihan,masalah lain lak..malas.

Anonymous said...

Saya rasa ini sindrom pelajar kolej swasta. Betula ker tak, tak tahulah. Masa saya ajr kalkulus kat sebeuah kolej. Diorang melopong bila saya tunjuk. kenapa? Pasal algebra diorang tak reti langsung. Adus la.......

Mazudi kena lawat blog Romantis Selatan. Banyak tips pasal mengajar maths di peringkat pengajian tinggi diberitahu. Hanya cadangan.

Aku Bukan Bidadari said...

Nak ngadu..dulu cikgu matematik tiara jahat.. dia selalu buli..lepas ajar dia ckp..kalo tak faham jgn tanya..dia garang nk mampus.. tanya lah budak kelas tiara..sumer tak suka cikgu matematik tu..ajar garang, bila tak faham tak leh tanya....

tumismenumis said...

cuaca: Rasanya itu jer la cara nyer. Tapi kalau kasi assignment, bila hantar semua sama jer solution dia. Tiru.

wear: tu la, satu satunya penyakit yg orang takleh cari ubat.

azhar: thanx bro. Blog tu mmg banyak tips.

Tiara: Siapa yang salah dan siapa jadik mangsa.

Anonymous said...

Wakaka..Dasyat tuh!! silap haribulan sifir pon kantoi.. ekeke!! Kena banyak latihan la sebenarnya.Dulu masa aku sekolah sehari mesti buat 50 soalan.. kesannya sungguh membanggakan!! ekeke.. Tapi sekarang musti aku pon guna calculator..ahaksss

tumismenumis said...

zac: Calculator murah sekang kat kedai dua ringgit.

ontahsapo said...

aku memamg minat math ni, dulu masa matrik dpt gelaran math maniac... kau ada apa yg best, ajar la sket...